Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, October 2, 2009

KELANTAN SIAP SEDIA GEMPUR KUBU TENTERA

Skuad Wira Merah dijangka tidak berdepan masalah untuk meneruskan cengkaman ditangga
terasas Kumpulan E, berkunjungan ke selayang malam esok untuk bertemu dengan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Sekalipun bakal membuat perhintungan dengan pasukan tidak ternama, namun ia tidak boleh di
pandang remeh oleh anak didik B. Sathianathan. Kepuyaan tentera mengikat kedudukan seri
1-1 sama ketika berdepan dengan juara bertahan Piala Malysia Kedah, dan kemudian berjaya
mengikat kedudukan 1-1 sama ketika menerima kunjungan Pulau piang tempoh hari sudah cukup menceritakan kemampuan pasukan bimbingan Mohd Shah Norbit.


Walaupun ATM mengumpul dua mata, dari dua perlawanan, itu persoalan, tetapi keupayaan
anak didik Mohd Shah Norbit bangkit dari ketinggalan sepanjang 2 perlawanan tersebut
harus diambil kira oleh barisan pemain skuad wira merah. Kelalain dan kealpaan pemain
pasti memberikan igauan buruk buat pasukan.


Berdasarkan prestasi semasa ia dilihat memihak kepada anak didik B. Sathianathan.
Skuad Wira Merah yang masih segar dengan kejayaan memumbangkan juara bertahan Piala
Malaysia, Kedah tempoh hari, pasti mahu melebarkan rentak cemerlang dengan menjadikan
ATM sebagai mangsa kebangkitan mereka.


Berdasarkan kepada kepakaran dan ramuan pemain yang dimiliki oleh Sathianathan,
Wira Merah dijangka tidak akan berdepan dengan tugas getir pada malam esok.Barisan pemain
yang dimiliki oleh Sathianathan sudah pun menunjukkan persefahaman yang baik.


Posisi Penjaga Gol tidak perlu dipertikaikan lagi. Kemasukan semula Mohd Halim Napi
memberikan impak yang besar buat Wira Merah. Penglaman yang dimiliki oleh Halim sememangnya ditagih oleh pasukan. Cuma Halim perlu bijak mengawal emosi beliau semasa diatas padang.


Pasti Kombinasi Zamri- Farisham- Nazrul Erwan dan Zairul Fitri dibahagian pertahanan
dipertaruhkan oleh sathia untuk membantu halim di benteng terakhir pasukan Wira Merah.
Persefahaman dan keserasian dibahagian pertahan kelantan sudah pun berjaya dibentuk.

Mereka selesa dengan taktikal yang diterapkan oleh jurulatih. Berdasarkan persembahan ketika menentang Sang Kenari tempoh hari menceritakan bahawa barisan pertahanan Kelantan telah bersiap sedia untuk menerima sebarang ancaman dan serangan dari pasukan lawan.
Ternyata kemasukan Nazrul Erwan memberikan impak besar buat benteng pasukan wira merah yang dilihat agak goyah sebelum ini.


Begitu juga dengan kombinasi jentera tengah Wira Merah. Khidmat dan kepakaran Indra
mengemudi jentera tengah wira merah sememangnya diharapkan. Ketiadaan Kapten Pasukan
Mohd Badri Radzhi bukan lagi masalah besar bagi kelantan. Indra dilihat berjaya mengisi
kekosongan yang ditinggalkan oleh Badri untuk merencanakan jentera tengah pasukan. gawa


Gandingan Farhan dan Khalid mungkin menjadi pertaruhan Stahia untuk memastikan
Wira Merah dapat merobek gawang gol tentera sebanyak mungkin. Kombinasi Farhan dan Khalid dilihat dimempunyai masalah besar untuk mencetak gol pada malam esok. Tambah pula dengan bantuan Che Hisamuddin, tugas ini dilihat menjadi agak mudah buat jentera serangan
wira merah.


Jika prestasi semasa diambil kira, ATM bakal berdepan ujian getir malam esok di Selayang.
Berdepan wira Merah bukalah semudah yang disangka, ditambah pula dengan rentak kemenangan dua perlawanan berturut-turut serta sokongan padu peminat setia yang dijangka akan membanjiri stadium Selayang sudah tentu menghadirkan kegusaran buat anak didik
Mohd Shah Norbit.

Apa-apa pun bola itu bulat, apa sahaja boleh berlaku. Mampukan Wira Merah meneruskan
rentak kemenangan ketiga dalam esok terpulang kepada perancangan dan kemampuan pasukan. Namun begitu, penulis yakin dan percaya bahawa Kelantan mampu memberikan persembahan yangterbaik.

Barisan Kemungkinan : (Taktikal 4-3-3)

------- Halim Napi-------
-Zamri-Farisham-Nazrul-Zairul-
---------Khairan-------------
------Dausu----------Indra---
--Farhan--C.Hisamuddin--Khalid--

No comments: