Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Wednesday, September 30, 2009

Kelantan Bergaya, Kedah Gigit Jari

KOTA BHARU – Kelantan meneruskan cengkaman di tangga teratas Kumpulan E, berjaya menewaskan pasukan Kedah, 1-0, dalam siangan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke- IV malam tadi.


Kapten Pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan apabila menjaringan gol tunggal perlawanan pada minit ke-49.


Kelantan yang dibantu sokongan padu peminat setianya bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan. Namun gagal menemuai sentuhan penyudah yang berkesan. Gandingan Che Hisamuddin- Khalid- Nor Farhan seakan-akan tumpul di babak pertama. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menemuai sentuhan penyudah. kedudukan kekal tanpa sebarang jaringan.


Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan sering berbalas-balas serangan. Kelantan lebih bernasib baik, apabila pemain pertahanan Kedah Mohd Affif Amiruddin melakukan kekasaran apabila menjatuhkan Che Hisammuddin di luar kotak penalti. Pengandil tidak teragak-agak memberikan sepakan percuma buat pasukan tuan rumah.


Indra yang ditugaskan mengambil sepakan tersebut tidak mengsia-siakan peluang yang dimiliki apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan di minit 49, selepas melencongkan bola melepasi jangkauan penjaga gol kedah, Mohd Helmi Eliza.


Jaringan tersebut telah menyuntik semangat pemain kelantan untuk terus memburu gol, namun dinafikan oleh sentuhan penyudah yang tumpul. Tersentak dengan jaringan tuan rumah, pasukan pelawat memperkemaskan jentera serangan. Ketiadaan Khairil Muhaymeen ternyata memberikan impak yang bersar buat pasukan pelawat, apabila setiap gerak-gerak pasukan pelawat mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan kelantan yang diketuai oleh Nazrul Erwan.


Kedah mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan dimit-minit akhir perlawanan, namun digagalkan oleh ketangkasan Mohd Halim Napi di gawang gol kelantan.


Kemenangan itu menyaksikan Kelantan menghuni tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata selepas anak buah B Sathianathan menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Bandaraya pada perlawanan pertama.


No comments: