Minggu ini bermulalah minggu yang cukup mencabar dan merisaukan diriku seadanya. Hal ini kerana tanggal 7 Oktober anak-anak didiku yang berada di tingkatan 3 akan menghadapi peperiksaan awam yang bakal menentukan masa depan mereka iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Terras risau pula bila aku memikirkan dan meliaht gelagat anak-anak didikku yang masih lagi belum menunjukkan reaksi belum bersedia untuk melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Berdasarkan keputusan percubaan tempoh hari, rata-rata keputusan yang diperolehi cukup membimbangkan. Keputusan yang tertinggi yang diperolehi oleh anak-anak didikku ialah 3c sahaja.
Namun begitu, hatiku sedikit terubat, apabila melihat agak sedikit peningkatan dalam matapelajaran yang diajar olehku iaitu KHB dan Goegrafi. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Harapanku untuk PMR 2009, aku berharap agar anak didikku diberikan ketenangan untuk menjawab setiap soalan yang dikemukkan nanti. Aku masih yakin dan percaya bahawa mereka mampu menghadiahkan sesuatu buat aku sebelum kontrak aku tamat.
Buat anak didiku doa cikgu sentiasa mengiringi kalian semua....
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR 2009,BUAT YANG TERBAIK..DOA CIKGU SENTIASA MENGIRINGI MU...
No comments:
Post a Comment