oleh : kosmo.com.my
REKOD cemerlang Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2011 sudah lebur.
Felda United yang dilabel sebagai pasukan 'kampung' tampil sebagai pemusnah untuk mencalarkan reputasi Kelantan dengan meraih kemenangan 2-0 pada aksi Kumpulan C di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.
Selepas kekalahan itu, alasan jurulatih, Datuk M. Karathu (gambar) ialah skuad bimbingannya itu tidak beraksi pada tahap sebenar.
"Saya tidak salahkan pemain, mereka telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Kami menguasai permainan tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Anda sendiri boleh lihat kita menguasai hampir keseluruhan perlawanan tersebut.
"Bezanya kita gagal menyempurnakan peluang berbanding Felda Untied yang bijak memanfaatkan dua peluang terbaik mereka untuk menjaringkan gol.
"Saya akui ketangkasan penjaga gol mereka, Mohd. Hamsani (Ahmad) banyak menyela- matkan kubu mereka daripada dibolosi," katanya.
Tambahnya: "Inilah bola sepak. Kadang-kadang nasib turut memainkan peranan dalam menentukan kejayaan."
Karathu memberitahu, kekalahan yang mereka alami itu akan dijadikan sebagai pengaja- ran agar lebih waspada menghadapi perlawanan akan datang.
"Fokus kami adalah untuk menempah tempat ke suku akhir. Saya tida kira sama ada kami menjuarai Kumpulan C atau muncul naib juara kumpulan. Yang penting kami mara dan harus menang baki tiga perlawanan lagi," katanya.
Pada perlawanan malam kelmarin, dua gol Felda United di- jaringkan oleh Faderin Kadir dan D. Saarvindran pada minit ke-26 dan 67 dan kemenangan itu membolehkan pasukan bimbingan E. Elavarasan itu merampas tangga teratas Kumpu- lan C.
No comments:
Post a Comment