Pahlawan Merah sempat meluangkan masa meninjau sesi latihan skuad The Red Warriors yang dijalankan di Padang Mardi, Pasir Tumbuh.
Latihan tersebut merupakan persiapan pendahulu Liga Super itu menjelang pertemuan liga dengan pasukan muda kebangsaan Harimau Muda A di Stadium Sultan Muhammed IV, Jumaat ini.
Kesemua pemain menjalani sesi latihan tersebut kecuali Muhammad Khalid Jamlus yang mengalami kecederaan manakala penggempur berbakat Kelantan Muhammad Ramzul Zahini Adenan menjalani latihan ringan sahaja.
Dalam perkembangan lain, semua barisan pemain dilihat tampak bersemangat menjalani latihan yang dikendali oleh Ketua Jurulatih Datuk M.Karathu biarpun keadaan padang becak.
Ketua jurulatih Kelantan ketika ditemui berkata beliau optimis Kelantan mampu mencatatkan kemenangan pada perlawanan Jumaat ini.
No comments:
Post a Comment