Norshahrul Idlan Talaha cuba merebut bola daripada kawalan pemain Felda United dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV malam kelmarin.
(Ihsan : http://www.userun.net/)
KELANTAN menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila mudah membenam cabaran Felda United FC menerusi kemenangan 3-0 pada aksi perlawanan suku akhir kedua Piala FA yang di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Kemenangan tersebut menyaksikan juara Piala Malaysia itu layak dengan kiraan agreggat 5-2 selepas dipaksa seri 2-2 pada aksi suku akhir pertama Selasa lalu.
Beraksi selaku pasukan pelawat di laman sendiri, Kelantan nyata bernafsu apabila melancarkan serangan awal pada minit keempat menerusi percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang melewati palang selepas menerima umpanan daripada rakan sepasukan S Chanturu.
Selang tiga minit kemudian, Felda United berpeluang memecah kebuntuan menerusi Muhammad Zamri Chin namun sepakannya berjaya ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat selepas berlakunya salah faham di depan gawang gol Kelantan.
Bagaimanapun Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-18 menerusi penyerangnya S.Chanturu yang tenang melepaskan rembatan selepas menerima umpanan cantik dari Norshahrul Idlan Talaha.
Gol tersebut nyata menceriakan lebih 25,000 penyokong tegar The Red Warriors yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Bersambung babak kedua, Kelantan terus menggandakan asakan untuk menambah jaringan menerusi gerakan menarik antara Norshahrul, S.Canturu, serta Nurul Azuan Roya.
Hasilnya pada minit ke-66, pemain sayap kiri Nurul Azuan Roya bijak menyambut hantaran kemas ketua pasukan Mohd Badhri Razhi didalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Mohd Hamsani di mulut gol Felda United.
Empat minit sebelum itu, hasrat Felda United untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila jaringan Faderin Kadir dibatalkan pengadil perlawanan apabila dikesan berada didalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.
Minit ke-88 pemain gantian, Mohd Nizab Ayub mengamatkan stadium Sultan Muhammed IV apabila meledakkan gol ketiga untuk Kelantan selepas bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan "tembakan" melepasi jangkauan Mohd Hamsani.
Kemenaganm ini menyaksikan Kelantan akan membuat perhitungan mutlak dengan musuh tradisinya, Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA pada 13 Mei depan di Stadium Shah Alam.
Sementara itu, Ketua jurulatihnya, Datuk M.Karathu menghamburkan pujian kepada barisan yang mempamerkan tahap disiplin yang baik serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki.
“Mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dan kekuatan mental para pemain antara faktor mengapa kita berhak keluar sebagai pemenang dalam perlawanan ini.
"Sekalipun terpaksa bermain dibawah tekanan selepas seri 2-2 dalam perlawanan pertama, namun mereka tidak menghiraukan tekanan tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Kesebelasan utama pemain :
FELDA UNITED
Mohd Hamsani Ahmad, Abdul Ghani Abd Rahman (Ramesh Lai Ban Huat), Mohd Nizam Abu Bakar, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), K Rajan, Mohd Badrul Azam Zamri, Mohd Syazwan Zainon (Mohd Lot Abu Hasan), Liew Kit Kong, Azi Shahril Azmi, Muhammad Zamri Chin (Mohd Nizaruddin Yusoff) dan Faderin Kadir.
KELANTAN
KELANTAN
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, Solehin Kanasian Abdullah (Zul Yusri Che Harun)(Mohd Nizab Ayub), S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.
STATISTIK PERLAWANAN
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : KL Felda United FC (3) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : KL Felda United FC (1) Kelantan (9)
Sepakan sudut : KL Felda United FC (4) Kelantan (10)
Sepakan percuma : KL Felda United FC (26) Kelantan (15)
Offsaid : KL Felda United FC (4) Kelantan (2)
Kekasaran : KL Felda United FC (22) Kelantan (12)
Kad kuning : Felda United (Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Mohd Badrul Azam Zamri, Azi Shahril Azmi dan Liew Kit Kong) Kelantan (Zairul Fitree Ishak)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : KL Felda United FC (45%) Kelantan (55%)
No comments:
Post a Comment