ALOR SETAR - Kedah gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri selepas diikat 1-1 oleh pendahulu liga Kelantan dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit
ke-57 menerusi penyerang kelahiran Kelantan, Azlan Ismail yang bijak menyudahkan hantaran Badrol Bakthiar untuk menghadiahkan gol pertama tuan rumah.
Gol tersebut melonjakkan semangat barisan pemain tuan rumah apabila melancarakan serangan bertali arus ke kubu pelawat namun digagalkan oleh keampuhan Khairul Fahmi Che Mat di bentang terakhir Kelantan.
Tersentak dengan jaringan tuan rumah, Kelantan mula memperkemas jentera serangan dengan melakukan dua pertukaran untuk mengubahkan keadaan.

Gol penyamaan Kelantan hadir pada minit ke-79 menerusi penggempur sensasi kebangsaan
Norshahrul Idlan Talaha yang bijak menghukum kealpaan pertahanan Kedah sebelum
melepaskan satu sepakan padu untuk mengecewakan Abdul Hadi di gawang gol Kedah.
Minit ke-86 Kelantan berpeluang menggandakan jaringan namun dipersia-siakan oleh Muhammad Ramzul dan Badri.
Selang seminit kemudian Kedah hampir tambah jaringan apabila tandukan cantik Badrol berjaya di kuis oleh Khairul Fahmi Che Mat untuk memberikan kelegaan buat Kelantan.
Selang seminit kemudian Kedah hampir tambah jaringan apabila tandukan cantik Badrol berjaya di kuis oleh Khairul Fahmi Che Mat untuk memberikan kelegaan buat Kelantan.
Keputusan ini menyaksikan Kelantan terus berada di puncak Liga Super dengan berkelebihan empat mata.
No comments:
Post a Comment