Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, February 25, 2011

Bintang Dalam Pembikinan

Wan Zahrul Antara Bintang Baru Kelahiran Kelantan Yang Sedang Mencipta Nama Dalam Arena Bola Sepak Tempatan


Suatu Ketika Dahulu....

Susuk tubuh yang kecil bukan penghalang buat Wan Zahrul Nizam Wan Zakaria untuk meneruskan impian untuk bergelar pemain bola sepak professional.

Mesra dengan panggilan “Pok Chek”, anak muda dari Kampung Kebakat, Wakaf Bharu terus menanam azam untuk menyarung jersi skuad utama kelantan suatu hari nanti.

Mula bermain bola sepak sewal usia 10 tahun, sewaktu menuntut di Sekolah Kebangsaan Kebakat, Wakaf Bharu. Bakatnya semakin berkilauan sewaktu mewakili Sekolah Menengah Wakaf Bharu.

Atas kecemerlangan yang dipamerkan sewaktu mewakili sekolahnya, beliau telah berjaya terpilih untuk mewakili pasukan kelantan di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Berbekalkan bakat yang dianugerahkan serta kesungguhan , beliau sekali lagi terpilih untuk menabur bakti bersama skuad Piala Belia selama dua musim 20007-2008.

Tahun 2008 merupakan tahun paling bertuah buat dirinya apabila membantu Kelantan layak ke perlawanan akhir. Walaupun tidak beraksi di pentas final, ekoran layanan kad merah pada aksi separuh akhir sudah cukup gembira buat dirinya untuk terus menabur bakti bersama Kelantan.

Aksi cemerlang yang dipamerkan sewaktu membantu skuad belia muncul juara telah berjaya memikat pihak pengurusan Piala Presiden. Kehadiran beliau ke kem Skuad Piala Presiden dilihat sebagai tonik baru bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Zamri Ramli.

Wan Zahrul yang bermain di posisi sayap kanan melahirkan rasa gembira kerana minatnya mendapat sokongan penuh dari rakan-rakan seperjuangan dan keluarganya yang tidak putus-putus memberikan semangat.

Untuk tahun ini, Zahrul meletakkan harapan untuk membantu skuad Kelantan muncul juara piala presiden. Walaupun perjalanan masih jauh, namun beliau menanam tekad agar impian tersebut dapat direalisasikan.

Pemain yang meminati Indra Putra ini memberitahu, beliau bercita-cita menjadi pemain professional pada masa hadapan dan berharap dalam menyarung jersi skuad utama kelantan dan Malaysia suatu hari kelak.


Sekarang....


'Kecik' tak sabar gegar Lahore

Oleh : Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SEMANGAT pemain sayap skuad Olimpik kebangsaan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria kini semakin membara. Pemain yang turut dikenali sebagai ‘Kecik’ itu menjaringkan gol pertama Malaysia ketika menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam kelmarin.

Gol kedua Malaysia pada perlawanan tersebut dijaringkan pemain tengah, Irfan Fazail.

Menurut Wan Zaharulnizam, 20, dia sudah tidak sabar menunggu aksi kedua di tempat lawan dan kini terus bekerja keras untuk meningkatkan tahap kecer- gasannya agar terus mendapat kepercayaan jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee.

“Selepas pulih daripada kecederaan buku lali, saya baru dapat beraksi sepenuh masa dalam dua perlawanan bersama skuad Harimau Muda A iaitu ketika menentang T-Team dan Perlis.

“Jadi pada aksi bertemu Pakistan se- malam (kelmarin), tahap kecergasan saya sebenarnya masih kurang tetapi alhamdulillah saya berjaya juga menja- ringkan satu gol.

“Memang jaringan tersebut meningkatkan tahap keyakinan diri dan saya harap dapat meng- ulangi pada aksi kedua di Lahore pada 9 Mac depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang bekalan dua gol ke Lahore, pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu berkata, ia memang sedi- kit mengecewakan tetapi yakin Malaysia mampu mara ke pusingan kedua.

“Memang agak kecewa. Peluang kami pada perlawanan tersebut memang banyak tetapi gagal disudahkan dengan baik. Apa pun, dari sudut positif kami berjaya menguasai sepenuhnya permainan tersebut.

“Jadi kami akan mempersiapkan diri dari segi mental kerana apa pun boleh terjadi pada aksi kedua. Kami tetap perlu berhati-hati kerana Pakistan pasti mahu menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri,” ujarnya.

Pemain skuad Olimpik kebangsaan semalam kembali ke pasukan masing- masing untuk dua aksi Liga Super sebelum mereka kembali menjalani lati- han pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, Rabu depan.

Andai berjaya melepasi Pakistan, skuad muda negara ini akan melangkah ke pusingan kedua yang dijadualkan ber- langsung pada 19 dan 23 Jun depan.

Malaysia bakal diundi bertemu salah satu pasukan yang mendapat bye pada pusingan pertama sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam.




No comments: