Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, September 17, 2010

Kelantan kesal tindakan penyokong sendiri

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) kesal terhadap segelintir penyokong yang membakar dan membaling mercun pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Selasa lalu, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Timbalan Presidennya, Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan 'nakal' itu boleh mencemarkan imej sebahagian besar penyokong Kelantan sendiri.

Nik Mohd. Sallehuddin juga tidak menolak kemungkinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan liar penyokong terbabit.

Katanya, penyokong sepatutnya berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi seperti yang ditunjukkan pada sepanjang saingan Liga Super.

"Secara ikhlas saya katakan penyokong Kelantan pada musim ini adalah yang terbaik dan KAFA juga tidak pernah lagi didenda akibat penonton membaling mercun.

"Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada perlawanan menentang Negeri Sembilan itu, Kelantan mungkin akan dikenakan denda," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Nik Mohd. Sallehuddin, beliau mengharapkan penyokong The Red Warriors tidak lagi mengulangi kesilapan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya akan mempertingkatkan lagi hebahan melalui laman web dan laman sosial kelabnya untuk mendidik penyokong Kelantan supaya lebih berdisiplin.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Azman Mohd. Noor berkata, pihaknya kecewa apabila rekod bersih yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan pada saingan Liga Super tidak dapat dipertahankan apabila memasuki cabaran Piala Malaysia.

"Tahun ini kita telah berjaya membuktikan bahawa kita penyokong terbaik di mana sepanjang saingan Liga Super tidak ada bunyi letupan mercun.

"Namun disebabkan insiden malam Selasa lalu telah memberikan sedikit kesan, bak kata pepatah... nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.

No comments: