Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Saturday, January 23, 2010

SOLAT HAJAT BAGI PULIH SEMANGAT PASUKAN

KOTA BHARU - Dalam usaha mengembalikan semula semangat dan moral pemain yang agak lesu sejak akhir-akhir ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengadakan satu Solat Hajat bertempat di Masjid Tuan Guru Haji Musa, Kampung Bukit Matak, Bachok dekat sini malam tadi.
Solat hajat bagi memohon keselamatan dan kejayaan pasukan itu dihadiri oleh semua para pemain, pengurusan dan peminat setia "The Red Warrios".
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, solat hajat ini sebagai salah satu cara untuk mengbalikan semula moral pemain serta mohon agar pasukan kelantan diberikan keberkatan dalam perjuangan.
" Kita sudah melakukan segala usaha, selebihnya kita bertawakal dan berserah padanya, kerana dialah yang maha mengetahui segala yang telah kita rancangankan, katanya.
Annuar menjelaskan, tahun ini merupakan tahun bagi bola sepak kelantan. Misi mmbawa balik kejuaran bukan misi KAFA sebaliknya sudah menjadi misi nasional bagi seluruh rakyat kelantan yang mahukan kejuraan menjadi milik kita termasuklah Tengku Mahkota.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kemasukan semula pengaja gol vateran Halim Napi, Annuar menjelaskan ia adalah sebahagian srategi yang dilakukan oleh Kelantan.

" Halim sudah ada dalam senarai, kemasukan ini bukanlah satu tindakkan yang drastik, Kita mahu memberikan ruang kepada penjaga gol utama iaitu Syed Adney untuk memulihkan kembali prestasi dan fokusnya," tegasnya selepas ditemui sebaik sahaja majlis tersebut berakhir," ujarnya

No comments: