Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, January 24, 2010

AMUKAN WIRA MERAH

Kelantan kembali mempamerkan aksi sebenar apabila membelasah Johor Fc 4-1 dalam saingan Liga Super malam tadi.


Beraksi dilaman sendiri, Kelantan bagaikan “Sang Kijang Luka” bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan.


Peluang terbaik Kelantan hadir diminit kedua permainan apabila Kapten pasukan Indra Putra yang menerima hantaran rakan sepasukan Nor Shahrul Idlan gagal menyempurnakan pelaung tersebut.

Selang dua minit kemudian Kelantan sekali lagi berpeluang, namun rembatan Indra Putra terus kedakapan penjaga gawang Johor FC G.Gevanathan.

Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke 18. Peledak sensasi kebangsaan Nor Sharul Idlan membuktikan ketajaman pendudah apabila merembat kencang bola hasil lontaran padu pemain pertahanan Azizi Mat Rose.


Tersentak dengan jarigan awal tuan rumah, pelawat mula memperkemaskan permainan. Johor FC Berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-21 apabila Mohd Riduan Moin menghukum kealpaan benteng pertahanan Kelantan untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1. Kedudukan tersebut bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.


Separuh masa kedua Kelantan tampil lebih bertenagan. Hasil minit ke-46 pemain pertahanan Azizi Mat Rose menghukum kealpaan benteng pertahanan pelawat untuk meletakkan Kelantan selesa dihadapan.

Gol tersebut membangkitkan semangat melawan Kelantan. Hasilnya diminit ke-50 Kapten Pasukan Indra Putra menjaringkan gol ketiga.

Nor Farhan yang membuat penampilan sulung selepas pulih dari kecederaan melengkapkan malam derita Johor Fc dengan gol keempat diminit ke-72 selepas Berjaya menyudahkan hantaran S.Chanturu.

Dengan kemenagan malam tadi, Kelantan yang mengumpul 8 mata hasil dari 5 perlawanan menghuni tangga ke 5 dalam carta liga

No comments: