Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, January 15, 2010

KELANTAN VS PERLIS

Esok skuad bimbingan B.Sathianathan akan berkunjung ke Kangar untuk bertemu Perlis dalam siangan Liga Super. Turun dengan status pasukan pilihan bukan tugas mudah buat Kelantan. Walaupun pernah menewaskan perlis dengan Berjaya dalam perlawanan separuh akhir musim lepas itu bukan tiket utama untuk Kelantan berada dalam “Zon Selesa” malam esok.


Perlis ibarat Sang Singa yang baru bangkit dari lamunan pasti akan turun bermati-matian untuk memungut mata penuh dilaman sendiri. Tewas ditempat sendiri, kemudian bangkit menang bergaya di arena lawan, sudah membuktikan bahawa kujungan pahlawan merah ke kandang singa pasti menjanjikan aksi yang mendebarkan.


Perlis memulakan sepak mula musim ini dengan langkah sumbang apabila dimalukan oleh skuad lebah dilaman sendiri dengan jaringan 1-0. Kemudian bangkit menyentap ego sang kenari diarena lawan.


Kemampuan Singa Utara menjinakkan Sang Kenari wajar diberikan perhatian. Walaupun peminat meragui kemampuan singa utara, namun skuad yang rata-rata dibarisi oleh anak muda ini harus diberikan peluang.


Kehilangan tonggak berpengalaman seperti Nizaruddin Yusof, Azi Shahril Azmi, Es Lizuan Zahid Amir, Mohd Firdaus Paudzi, Chang Win Hoong serta Daniel Fadli dilihat memberikan kesan kepada skuad perlis musim ini. Ditambah pula dengan kehilangan pegemudi yang cukup masak dengan skuad ini iaitu Ifran Bakti menampakan lagi keresahan pada pasukan.


Namun begitu, persiapan rapi pasukan tetap dilakukan. Walaupun kantung persatuan sering dilanda masalah, skud ini tetap berselera dengan membawa beberapa nama besar bagi memperkuatkan pasukan antaranya Shariman Che Omar (Pulau Pinang), Mohd Azrul Ahmad (Kedah) Mohd Noor Hazrul Mustafa (Perak), Mohd Yusri Abas (KM Naza) dan di adun dengan ramuan yang sedia ada.


Pertemuan musim ini memperlihatkan Singa Utara mempertaruhkan kemampuan dan kepakaran bekas pemain pasukan Kelantan dan Kedah iaitu Mohd Nidzam Adzha Yusoff diharapkan mampu memberikan tonik baru buat pasukan.


Walau bagaimanapun kemampuan perlis tidak boleh dipandang “enteng” oleh anak-anak didik Sathia. Gandingan pemain senior seperti Mohd Fauzi Nan, K.Soley pasti ditagih bagi membentuk persefahaman yang mantap bersama muda seperti Ahmad Fakri Sa’arani.


Namun begitu, perancangan pengendali perlis agak tempang sedikit ekoran kehilangan perancang utamanya Mohd Badrul Azam Zamri yang digantung 2 perlawanan ekoran kad merah yang diterimanya pada pertemuan dengan Kedah tempohari.


Ketiadaan Mohd Badrul Azam Zamri bukanlah halangan buat nizam, ketiadaan Mohd Badrul Azam Zamri pasti memberikan laluan kepada Amar Rohidan untuk mengemudi jentera tengah pasukan bagi memudahkan tugas Mohd Fakri Sa’arani di jentera serangan.

Berdasarkan rekod pertemuan bagi kedua-dua musim lalu agak seimbang. Empat pertemuan dicatatkan menyaksikan kedua-dua pasukan menang dua kali daripada empat pertemuan tersebut. Pada aksi Liga Super perlis menang kedua-dua perlawanan, manakala dalam saingan Piala Malaysia menyaksikan Kelantan membenam perlis dengan bergaya dalam kedua- dua perlawanan tersebut.


Berlainan pula bagi skuad Wira Merah, kemenangan keatas johor 3-0 tempoh hari pasti mahu diteruskan ke kangar, bagi terus menekan Selangor di puncak liga. Sentuhan gol akmal dan Indra sekali lagi pasti ditagih untuk merobek gawang perlis yang dikawal ketat oleh Mohd Farizal Marlias.


Bagi Kelantan semua posisi sudah tampak hampir sempurna. Kredibili Syed Adni di gawang gol tidak perlu dipertikaikan apabila berjaya mempertahankan gawangnya dari dibolosi selepas Berjaya mempertahankannya selama 180 minit.


Posisi pertahan musim ini sudah menampakan keserasian. Gandingan Azizi Mat Rose bersama Mohd Daudsu Jamaluddin, S.Subramaniam dan Mohd Farisham Ismail dilihat cukukental mempertahakan kubu Kelantan dari dibolosi. Farisham yang beraksi di posisi kiri menampakan bahawa pemain ini sudah sedikit serasi dengan posisi tersebut.


Barisan tengah pula menyaksikan keserasian sudah mula terbentuk. Kemasukan Shakir memberikan impak besar buat Kelantan. Gandinganya bersama Indra- Badri dan S.Canturu dilihat makin matang dalam mengharungi setiap perlawanan.


Jentera serangan Kelantan sudah mula menemui sentuhan penyudah. Akmal rizal sudahpun menemui sentuhan penyudahnya. Kali ini Kelantan pasti menagih sentuhan dari hairuddin omar. Jika gandingan Hairudin – Akmal serba tidak menjadi pasti Sathia akan mempertaruhkan senjata rahsianya yang bakal meranapkan impian anak didik nizam adha untuk membawa pulang tiga mata. Sungguh pun begitu pemain Kelantan harus ingat dan mengambil iktibar apa yang berlaku pada pertemuan dengan johor tempoh hari. Fokus lebih penting andai tidak mahu hilang tiga mata.

No comments: