Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, January 12, 2010

KELANTAN VS JOHOR


Aksi perlawanan pertama menentang musuh tardisi Terengganu tempoh hari mencerikan bahawa Kelantan sudah pun bersedia untuk mengharungi kancah TM Liga Super Musim ini. Walaupun hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan, itu bukan ukuran, tetapi dominasi Kelantan pada perlawanan tersebut awajar diberikan perhatian.

Perlawanan kedua bertemu Johor di laman sendiri malam esok, sekali lagi peminat setia The Red Warriors mengharapkan sentuhan ajaib B.Sathianathan untuk memastikan tiga mata multak menjadi milik kita. Jika rekod pertemuan musim lepas (piala fa) kedua-dua pasukan diambil ia agak seimbang di mana kita menang bergaya di Kota Bharu 4-0 dan Johor membalas juga dengan bergaya di Larkin dengan 3-0

Kreadibiliti kedua- dua pengendali ini tidak perlu di pertikaikan. B.Sathianathan dan Nasir Yusoff (The Profesor) memang tidak asing bagi arena bola sepak Negara. Keduanya pernah berkhidmat untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jika dilihat diatas kertas ia tampak memihak kepada Kelantan. Rata – rata pemain yang membarisi skuad pada musim ini merupakan antara mereka yang sudah lali dengan saingan Liga tempatan. Ditambah pula dengan sokongan fanatik penyokong setia mereka yang sudah bersiap siaga untuk berdiri teguh di belakang pasukan kesayangan mereka. Jika keadaan ini diambil kira ia pasti menghadirkan gerun buat pasukan lawan.

Kembalinya peledak sensasi kebangsaan Nor shahrul Idlan Talhah sudah pasti berita gembira buat penyokong Kelantan. Walaupun beraksi 30 minit menentang Terengganu tempoh hari ternyata shahrul sudah mula Berjaya menyesuaikan diri dengan pasukan Kelantan.

Namun begitu Kelantan tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini. Johor yang tewas pada aksi pertama mereka kepada kedah tempoh hari pasti akan turun bermati-matian untuk memastikan tiga mata buat mereka.

Keputusan seri bertemu Terengganu tempoh hari, pasti mahu dilupakan oleh Kelantan. Berdasarkan ramuan yang dimiliki, pasti tiga mata menjadi milik kita. Ramuan dan percaturan B. Sathia dilihat hamper serasi dengan corak taktikal yang telag ditetapkan. Jadi tidak hairanlah pertemuan menentang johor malam esok, pasti mahu dijadikan medan kebangkitan buat pasukan jagoan pantai timur ini. Apa yang pasti gelombang wira sudah bersiap untuk dibawa ke Stadium Sultan Muhammad Ke –IV.



1 comment:

merang kdn said...

harapan tinggi penyokong setia Red Warriors sudah pasti untuk memungut 3 mata malam esok.

Tiada keraguan untuk Kelantan mencatatkan kemenangan pertama.