Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca dan rakan- rakan yang masih tidak putus – putus memberikan sokongan buat penulis untuk meneruskan tulisan di pahlawan merah.
Pada pagi ini penulis sempat membelek beberapa akhbar tempatan, rata- rata akhbar hartian tempatan tidak putus – putus membicarakan tentang kejayaan pasukan bola sepak negara yang telah berjaya menamatkan kemarau selama 20 tahun untuk membawa balik pingat emas pada temasya sukan Sea ke 25, selepas kali teakhir pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.
Syabas dan tahniah buat seluruh pengurusan, barisan jurulatih dan para pemain yang telah berjaya menamatkan penantian selama ini. Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya kita semua dapat meraikan kejayaan ini bersama.
Kejayaan semalam secara tidak langsung telah berjaya menutup mulut pengkritik sukan ini. Memetik kata ketua jurulatih malaysia K. Rajagobal dalam akhbar tempatan “ Ini Baru Permulaan. Kita perlu bersabar untuk melihat skuad negara lebih mantap di masa hadapan”. Penulis bersetuju dengan pendapat ketua jurulatih bola sepak malaysia. Kejayaan semalam sememangnya perlu dibanggakan, namun begitu masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagi penulis ramuan dan adunan pemain yang dimiliki perlu di kekalkan dan perlu dibuat penambahbaikan untuk memantapkan skuad ini.
Kemenagan semalam seharusnya dijadikan batu loncatan untuk skuad malaysia melakar banyak lagi kejayaan di masa hadapan. Jangan jadikan kejayaan semalam “ Zon Selesa” untuk skuad negara.
Pesanan saya untuk para pemain teruskan usaha, yakin boleh anda pasti boleh melakukan. Buat peminat pula jangankan ketika menang kita puji, ketika kalah kita keji. Jadilah penyokong yang setia seperti ungkapan “ Sokongan Kami Bukan Ketika Menang, Sokongan Kami Zaman Berzaman”
Pesananan untuk pengkritik, kritik untuk perubahan, bukan untuk melemahkan.
1 comment:
kemas usalan min ttg kejayaan bola sepak malaysia. kejayaan bola sepak malaysia harus dikongsi bersama oleh rakyat malaysia.
seperti kata k.rajagobal, ini baru permulaan. akan banyak lagi ranjau berduri menanti skuad muda negara. berilah masa kepada mereka. kejayaan tidak akan dapat bergolek...sama seperti kejayaan meraih pingat emas di laos tempoh hari. mereka harus diberi peluang dan bukannya cacian apabila setiap kali skuad negara mengalami kekalahan.
Post a Comment