Gambar : Harian MetroPemain Negara Meraikan Kejayaan Selepas Memenangi Pingat Emas Dalam Acara Bolasepak Sukan Sea ke 25 Malam Tadi, Selepas menewaskan Vietnam 1-0.
Harapan yang tidak kunjung tiba selama 20 tahun akhirnya terlerai apabila skuad bawah 23 bimbingan K. Rajagobal meraih emas dalam acara bola sepak sukan se 25 selepas menewaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.
Impian Vietnam untuk menganyang Malaysia pada pentas akhir, dileburkan sendiri oleh kesilapan pemain pertahan Mai Xuan Hop pada minit ke 84 untuk memberikan kemenangan berharga buat seluruh rakyat malaysia.
Kemengan tersebut menamatkan penantian selama 20 tahun untuk meraih emas dalam acara bolasepak selepas tahun 1989 di Kuala Lumpur.
Vietnam terlebih dahulu menguji pertahan Malaysia apabila melakukan percubaan namun gagal menemui penyudah. Serangan bertalir arus Vietnam hampir membuahkan hasil pada minit ke-26 apabila hantaran lintang jauh melepasi pertahanan Malaysia, namun tandukkan Mai Ten Thanh berjaya di tepis oleh Mohd Sarbinee Allawee.
Tersentak dengan serangan awal pasukan lawan, malaysia mula memperkemaskan corak permainan. Hasilnya pada minit ke 26, malaysia hampir memecahkan kebuntuan apabila rembetan S.Kunalan dari jarak 25 meter berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Vietnam.
Separuh masa pertama kedua-dua penyokong dihidangkan dengan aksi bertenaga kedua-dua pasukan menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan.
Separuh masa kedua menyaksikan dominasi skuad malaysia. Peluang terbaik hadir pada minit ke-46 menerusi K. Gurusamy namun gagal menemui penyudah. Malaysia sekali lagi berpeluang memecah kebuntuan di minit ke 57 menerusi Mohd Fakri Saarani apabila tandukannya sedikt sahaja melepati palang. Norshahrul Idhan Talhah hampir-hampir meledak gol pembukaan perlawanan di minit ke 62 apabila sepakan beliau berjaya di selamatkan oleh pertahanan Vietnam diatas garisan gol.
Persefahaman mantap dikalangan pemian malaysia telah memaksa Vietnam berkampung di kawasan sendiri untuk mengekangan serangan bertali arus oleh jentera seranagan yang diketuai oleh Mohd Fakri Saarani.
Strategi Vietnam berkampung di kasawan sendiri akhirnya memakan diri, apabila pemaian pertahanan mereka Mai Xuan Hop tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke 84. Gol tersebut berpunca daripada hantaran Mohd Muslim dan lintangan yang dilakukan oleh Mohd Safiq Rahim terlepas dari jangkauan Norsahrul Idlan dan kemudian terbias mengenai kaki pertahanan Vietnam sebelum bergolek masuk ke gawang gol mereka.
No comments:
Post a Comment