Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Thursday, November 19, 2009

SEKILAS LIGA MALAYSIA MUSIM 2009


Berakhirnya tiupan wisel penamat perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan Vs Negeri Sembilan pada 7 November 2009 lalu menandakan bahawa berakhir sudah kancah bolasepak Liga Malaysia atau Liga M untuk musim ini.


Pelbagai kisah suka duka telah dicatatkan sepanjang perjalanan Liga M untuk musim ini, tidak kurang juga dengan beberapa isu kontroversi yang mewarnai kancah bolasepak Negara musim ini, dalam membantu merancakkan lagi saingan dan perkembangan bolasepak bagi tahun 2009.


Tanpa sentuhan Kudrat “Awang Import” ramai beranggapan bahawa saingan musim ini akan malap, namun sebaliknya, walaupun tanpa sentuhan awing import Liga M tetap menjanjikan saingan yang mendebarkan dengan di sulami pelbagai kejutan di luar jangkaan.


Pada saingan musim 2009 menyaksikan Selangor merangkul 3 kejuaraan iaitu Piala Sumbangsih apabila mengecewakan juara bertahan Kedah, menjulang Piala Fa selepas mengecewakan jagoaan baru pantai timur iaitu kelantan melalui sepakan penalty dan merampas mahkota Juara Liga Super 2009 dari pasukan Kedah. Untuk musim 2009 turut menyaksikan kejutan apabila Negeri Sembilan merangkul Piala paling berprestij iaitu Piala Malaysia selepas membelasah kelantan 3-1 di pentas perlawanan akhir. Kejayaan ini telah menamatkan kemarau penantian selama 61 tahun untuk muncul Juara selepas tahun 1940.


Musim 2009 juga turut menyajikan kejutan, apabila juara 4 piala 2 musim berturut-turut iaitu Kedah gagal mempertahanan kejuaraan yang dimenangi mereka selama dua musim iaitu Liga Super, Sumbangsih, Piala Fad an Piala Malaysia.


Kejutan terbesar pada saingan musim ini ialah kebangkitan semua salah satu kuasa bolasepak pantai timur iaitu kelantan. tampil dengan imej baru dan pengurusan baru pasukan yang digelar Wira Merah ini telah berjaya mencipta satu epic baru buat saingan bolasepak Malaysia. Kejutan terbesar yang ditampilkan oleh pasukan “Wira Merah” ini ialah tampil buat kali pertama dipentas final selepas 39 tahun menanti ( Piala Fa & Piala Malaysia).


Bermula dengan saingan Piala Fa, namun dikecewakan oleh Selangor melalui sepakan penalti. Selepas itu tampil buat kali kedua di pentas final pada saingan Piala Malaysia, namun terpaksa menerima kepahitan apabila dikecwakan oleh Negeri Sembilan.


Seletah hampir berkurun lama menyepi, gelombang kebangkitan jagoaan dari pantai timur ini tidak boleh dpandang sepi lagi. Tampil dengan imej dan pengurusan baru yang mantap, Kelantan telah berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan pasukan lain selaku kuasa baru yang perlu diberikan perhatian untuk saingan musim hadapan. Kemasukkan nama-nama baru seperti Khalid Jamlus, Dausu Jamaluddin, Indra Putra, Nor Farhan, Azlan Zainal serta penampilan semuala pemain cukup kontroversti Mohd Halim Napi ke kem pasukan telah berjaya memberikan impak yang besar buat pasukan dari pantai timur. Muncul selaku naib juara piala fa dan piala Malaysia jelas membuktikan bahawa kelantan telah bersedia dan berada di landasan yang betul untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala musim hadapan.


Saingan musim ini juga turut menyaksikan nasib berbeza yang terpaksa di terima oleh bekas kuasa bola sepak Negara iaitu Pahang apabila mereka terpaksa menelan kepahitan beraksi di kancah Liga Perdana untuk musim hadapan. Tahun 2009 juga turut menyaksikan pasukan yang iliham dari rancangan reality tv iaitu Myteam telah dibubarkan ekoran masalah kewangan.


Bergitulah serba sedikit ulasan dan komentar saya berkenaan dengan sekilas liga M musim 2009.




1 comment:

Mazram Idzam Ridzal Mahmud said...

setuju dgn pendapat demo...tanpa kelibat awang import pun, liga domestik bola sepak kita tetap meriah.

kebangkitan beberapa pasukan seperti kelantan, perlis, terengganu dan pasukan bertaraf kelab seperti km naza, kl plus ternyata membuka mata banyak pihak.

kita sebagai peminat setia dan penyokong teruskan lah memberi sokongan. bola sepak kita, wajah kita.