Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Thursday, November 19, 2009

2009 : TAHUN SUKA DUKA BOLA SEPAK KELANTAN


Inilah Bukti Penyokong Kelantan Telah Buka Lembaran Baru Buat Iklim Bola Sepak Malaysia ( Gambar Ehsan : Kosmo)


Bila bercakap tentang isu bola sepak Malaysia, rata- rata peminat atau mengkritik sukan ini akan mengalihkan pandan mereka terhadap pasukan Kelantan. Kelantan dan bola sepak sememangnya tidak dapat dipisahkan ibarat lagu dan irama, tanpa irama maka pincanglah lagu. Begitulah akrabnya rakyat kelantan dengan bola sepak. Tidak kira peringkat mana pun saingan bolasepak, asalkan membawa kibaran bendera kelantan. pasti akan mendapat perhatian dari rakyat.


Musim 2009 merupakan tahun kebangkitan semula jagoaan dari pantai timur yang telah sekian lama menyepi dari sebarang kejayaan iaitu kelantan. tampil dengan imej dan pengurusan baru dalam kepimpinan persatuan, kebangkitan kelantan semula dalam kancah saingan Liga M telah membuka lembaran baru buat iklim bola sepak Malaysia.

2009 merupakan tahun suka duka buat bola sepak kelantan. Pelbagai kontroversi telah telah dicatatkan dalam lipatan sejarah bola sepak kelantan. Suka duka bola sepak kelantan bermula apabila kelantan dinaikkan dari saingan liga perdana ke liga super.


Kenaikkan pangkat dari Liga Perdana ke saingan Liga Super telah mengundang pelbagai kontroversi. Rata- rata pemerhati dan pengkritik bola sepak Malaysia mengatakan bahawa kemasukkan kelantan ke dalam kancah Liga Super akan merosakkan saingan liga tersebut, namun sebaliknya berlaku, apabila kelantan berjaya menjawab kritikan tersebut dengan mempamerkan aksi terbaik sepanjang penampilan di dalam saingan liga super apabila mengusai carta pendahulu liga diawal musim tetapi jatuh menjunam di pusingan kedua disebabkan oleh beberapa masalah dan berjaya menamatkan saingan di tempat ke-5 keseluruhan. Kejayaan ini membuktikan bahawa kemasukkan kelantan ke dalam saingan Liga Super bukanlah perkara yang sia-sia bagi perkembangan bola sepak Malaysia.


Tindakan FAM menaikkan kelantan ke saingan Liga Super muerupakan satu langkah yang bijak, apabila pasukan kelantan telah berjaya menarik minat peminat setia mereka untuk kembali ke stadium secara tidak langsung telah membuka lembaran baru buat bola sepak Malaysia yang agak lesu sejak kebelakangan ini.

Namun begitu langkit tidak selalunya cerah, ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tanggal 7 April 2009 menceritakan segala-galanya. Satu kejadian yang pasti akan diingati oleh seluruh peminat bolasepak kelantan iaitu rusuhan penyokong yang terburuk dalam sejarah bola sepak kelantan. Rusuhan ini menyebabkan kelantan telah didenda sebanyak Rm 100,000.00 dan Stadium Keramat pasukan wira merah iaitu Stadium sultan Muhammad Ke Iv telah digantung dari sebarang acara bola sepak yang melibatkan Liga Malaysia. Kejadian rusuhan ini telah mengemparkan arena bola sepak Negara.


Ekoran dari kejadian ini menyaksikan kelantan terpaksa berkelana dan beraksi di stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi mereka yang baru. Keadaan ini ternyata telah memberikan impak yang negatif buat pasukan kelantan.

Kekecwaan gagal mendakap kejuaraan Liga Super seakan-akan terubat apabila kelantan berjaya melangkah dengan bergaya ke pentas akhir saingan Piala FA buat kali pertama selepas penantian selama 39 untuk beraksi di pentas akhir. Namun begitu kelantan dikecewakan oleh pasukan Selangor melalui sepakan penalti.


Selepas gagal membawa pulang Piala Fa, kelantan tampil sekali lagi ke pentas akhir, tapi kali ini dalam saingan Piala Malaysia. Kejayaan layak ke pentas akhir buat kali pertama selepas 39 telah mengejutkan ramai pihak. Ramai penganalisis bola sepak memilih kelantan untuk muncul juara, namun pemapilan kali kedua ke pentas final bukanlah rezeki buat kelantan, apabila terpaksa akur dengan kehebatan sukad bimbingan Wan jawak Wan Hassan iaitu Negeri Sembilan.


Sesungguhnya, tahun 2009 telah memahat 1001 kenangan dalam lipatan sejarah bola sepak kelantan. kebangkitan semula pasukan dari pantai timur ini telah berjaya membuka mata pengkritik bolasepak Malaysia untuk menilai semula keupayaan saingan liga domestik Negara. Kejayaan kelantan ini telah berjaya memeriahkan semula saingan liga bola sepak Malaysia yang hamper suram, ekoran kegagalan skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.


Penulis selaku peminat setia bola sepak kelantan, begitu terharu dan teruja dengan kebangkitan semula skuda bola sepak kelantan. semoga tahun yang mendatang akan menghadirkan sinar baru buat iklim bola sepak kelantan dan Malaysia amnya.

1 comment:

Mazram Idzam Ridzal Mahmud said...

sesuatu yang unik bercakap ttg penyokong bola sepak kelantan ialah - sikap fanatiknya.

sikap sedemikian tidak ada pada penyokong negeri2 lain. itu yg membezakan diantara penyokong kelantan dgn negeri2 lain.

biarpun terpalit dgn pelbagai kontroversi sepanjang musim ini, bola sepak malaysia hidup hanya kerana penyokong kelantan.

tidak ada tidak pernah dalam sejarah bola sepak malaysia, penyokong pasukan yg bermain dlm perlawanan akhir mampu menakluki stadium nasional bukit jalil - hampir 70,000 penyokong kelantan membuktikan bahawa pada 7hb november lalu, mereka mampu takluki stadium kebanggaan negara itu.

syabas penyokong kelantan - gomo kelate gomo