
Satu pertembungan yang menarik untuk diperkatakan oleh peminat bolasepak tanah air. Perhitungan antara jagoan pantai timur Kelantan yang akan berentap dengan jagoan pantai barat iaitu Negeri Sembilan
Kelantan yang kali terakhir layak ke pentas final 1970 pasti akan menggunakan peluang tersebut untuk menggapai dan membawa pulang piala yang berprestij ini ke kota bharu sebagai tanda terima kasih buat para penyokong setia mereka.
Namun begitu Negeri Sembilan bukanlah calang-calang pasukan. Kali terakhir mereka layak ke pentas final iala 1984. Apapun sama-sama kita nantikan pertemuan yang dijangkakan sengit bakal ditampilkan oleh kedua-dua pasukan. Ayuh peminat setia dan pencinta bola sepak kelantan, sama-samalah kita membanjiri Satdium Bukit Jalil, Pastikan Piala Malaysia kita bawa pulang ke Kota Bharu...
Gomo Kelate Gomo...
1 comment:
apo nih,ambik banner oghe x mitok!hahahahahahahah..gurau jah boh..lama dop jupo demo!kita jupo bukit jalil nati!jange lalai sep kita!gomo kelate gomo!
Post a Comment