Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, November 1, 2009

KELANTAN KEMBALI KE PENTAS FINAL SELEPAS 39 TAHUN MENANTI



Inilah Kelibat Wira Pasukan The Red Worriors, Nor Farhan Mohammad


KANGAR - Kelantan melangkah bergaya ke pentas akhir Piala Malaysia 2009 apabila membelasah perlis 3-1 di kangar dalam saingan suku akhir kedua malam tadi.


Nor Farhan Mohammad muncul wira pasukan apabila, jaringan hatriknya sekali gus memastikan Kelantan menamatkan penantian selama 39 tahun untuk beraksi di pentas akhir selepas beraksi buat kali terkahir pada tahun 1970.


Beraksi di arena lawan, Kelantan yang membawa bekalan 2 jaringan seakan-akan tertekan dengan asakan bertali arus yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah ditambah pula dengan ketiadaan Kapten Pasukan Indra Putra yang menjalani penggantungan 1 perlawanan akibat menerima kad kuning. Menyedari kedudukan agregat memihak kepada Kelantan, Perlis yang beraksi dilaman bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel sepak mula tiupkan, sehingga memaksa pemain Kelantan berkampung dikawasan sendiri untuk 20 minit pertama.


Walaubagaimanapun, kerakusan Perlis mengasak kubu Kelantan akhirnya memakan diri, apabila penyerang berbisa Kelantan, Nor Farhan menghukum kealpaan benteng pertahanan Perlis pada minit ke-26 untuk meletakkan Kelantan selesa mendahului 1-0. Jaringan tersebut berpunca dari satu gerak menarik dan Nor Farhan yang tidak dikawal bijak melepasi perangkap offasaid dan kawalan Fauzi Nan dengan tenang melepaskan satu sepakan kencang untuk meletakkan Kelantan dihadapan.


Tersentak dengan jaringan pendahuluan Kelantan, Perlis mula memperkemaskan jentera serangan pasukan. Peluang terbaik Perlis untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke 40 apabila tendangan Mohd Firdaus Fauzi berjaya ditepis oleh Mohd Halim Napi, namun bola yang muntah dari tepisan Mohd Halim Napi tepat singgah di kaki K. Soley, namun susulan yang dibuat oleh beliau meliar melepasi palang gol Kelantan.


Pada minit ke-43 kealpaan benteng pertahanan Kelantan hampir dihukum sekali lagi oleh Mohd Firdaus namun penyudah yang dilakukan oleh beliau gagal menepati sasaran.


Separuh masa pertama berakhir dengan kelebihan memihak kepada pasukan Kelantan sebagai bekalan selesa untuk dibawa kebilik persalinan.


Separuh masa kedua menjanjikan aksi menarik diamana perlis membuat pertukaran kedua untuk menambahkan sengat dibahagian jentera tengah pasukan mereka. Serangan bertali arus yang dilakukan mereka gagal membuahkan hasil.


Nor Farhan kembali menceriakan kem Kelantan apabila meledak dengan jaringan kedua perbadi pada minit ke-54 apabila melepaskan sepakan kencang melepasi jangkauan Mohd Farizal Marlias untuk meletakkan Kelantan selangkah ke pentas akhir, selepas menyempurnakan bola hasil lotakkan yang dilakukan oleh Zul Yusri menjadikan kedudukan 2-0.


Perlis akhirnya Berjaya memperolehi gol semangat pada minit ke-69 apabila Mohd Firdaus Fauzi menghukum kelalaian benteng pertahanan Kelantan untuk merapatkan jurang menjadikan kedudukan 2-1.


Ternyata gol tersebut telah membangkitkan semangat para pemain perlis untuk terus memburu gol.


Nor Farhan sekali lagi membuktikan ketajaman penyudah, apabila melengkapkan malam gemilang pasukan Kelantan, dengan jaringan ketiga peribadinya sekaligus hatrik buat dirinya pada minit ke-87, untuk menjadikan kedudukan 3-1. Gol tersebut telah membunuh sisa-sia perjuangan perlis untuk terus melakukan kejutan.


Kemenangan ini menyaksikan Kelantan melangkah ke pentas akhir dengan bergaya apabila menewaskan Perlis dengan agregate 5-1 untuk bertemu dengan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan pada 7 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, yang berjaya menewaskan Terengganu dengan agregat 4-1.


Sementara itu, ketika di minta mengulas peluang Kelantan di pentas final, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tansri Anuar Musa berkata beliau optimis Kelantan mampu merangkul Piala Malaysia buat kali pertama dan peluang untuk meraihnya semakin menghampiri kami.








No comments: