Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, October 25, 2009

SELANGOR PUN GULUNG TIKAR JUGA



Saingan Piala Malaysia hampir kemuncak apabila 4 pasukan pilihan mara ke peringkat separuh akhir apabila mengetepikan cabaran lawan masing-masing malam tadi dalam saingan suku akhir ke-2.


Kelantan, terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan antara pasukan negeri yang telah mengesahkan laluan ke separuh akhir selepas mengetepikan lawan masing-masing.


Kelantan bangkit dari
sudah cukup untuk menambah derita buat anak-anak didik Mat Zan Mat Aris.1-1 dengan KL Plus pada suku akhir pertama di tempat lawan, bangkit dengan mempamerkan rentak sebenar apabila membenam cabaran KL Plus 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV.


Gol-gol Jaringan Indra Putra Mahyuddin (m-13) dan Mohd. Norfarhan (m-76, 79) Dengan kemenangan ini, Kelantan layak dengan jaringan agregat 4-1 untuk menempah pertemuan dengan Perlis di separuh akhir.



Perlis pula tidak menghadapi masalah besar membenan cabaran Johor FC 2-0 di Stadium Utama Negeri untuk mara juga menerusi agregat 4-1.


Kemenangan 2-1 di tempat lawan sebelum ini, membuatkan skuad bimbingan Irfan Bakti itu mudah merobek gawang Johor FC menerusi jaringan Amar Rohizan (m-8) dan Nizaruddin Yusof (m-48).


Beraksi Stadium Darul Aman bukan lagi bermakna buat pasukan KM Naza, apabila pasukan pelawat, Negeri Sembilan mudah meratah Kuala Muda Naza 3-0 untuk mara dengan agregat 5-0.


Gol-gol Negeri Sembilan itu dijaringkan di babak pertama permainan menerusi Shukor Adan (m-21), Zaquan Adha Razak (pen-28) dan Shahurain Abu Samah (m-36).


Pada perlawanan suku akhir pertama di tempat sendiri, Negeri Sembilan menang selesa 2-0 untuk bertemu dengan Terengganu.


Kejutan terbesar dalam saingan kali ini ialah, tumbangnya juara 2 piala iaitu pasukan Selangor, apabila terpaksa berputih mata merelakan Terengganu melangkah ke separuh akhir apabila tewas 5-4 melalui penentuan sepakan penalti.


Sepakan penalti terpaksa dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 termasuk selepas aksi permainan 30 minit masa tambahan untuk kedudukan agregat menjadi 2-2.


Penjaga gol Terengganu, Mohd. Sarbinee Allawee muncul wira Terengganu apabila dia berjaya menyelamatkan sepakan penalti keempat Selangor yang diambil Nasriq Baharom dan seterusnya beliau dengan tenang menyempurkan sepakan ke-5 buat terengganu untuk memberikan langkah bergaya buat pasukanya.


Dengan tamatnya saingan suku akhir semalam, maka sahlah dua jagoaan pantai timur iaitu kelantan dan terengganu mengiringi Perlis dan Negeri Sembilan ke Separuh akhir. Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir pertama selasa ini :

Kelantan Vs Perlis ( Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu)

Negeri Sembilan Vs Terengganu ( Stadium Paroi, Seremban)

No comments: