Kota Bharu – Kelantan meneruskan pendakian memburu Piala Malaysia 2009 apabila melangkah ke saingan separuh akhir selepas mengetepikan cabaran K.L Plus 3-0 pada suku akhir ke-2 malam tadi.
Dua jaringan Nor Farhan pada separuh masa kedua dan satu jaringan Kapten Pasukan Indra Putra sudah cukup untuk menyentap ego anak didik Mat Zan Mat Aris.
Berbekalkan dengan jaringan di tempat lawan selasa lepas, Kelantan yang beraksi dilaman sendiri ternyata menggunakan kesempatan apabila bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel sepak mula ditiupkan.
Kelantan tidak menunggu lama untuk berada di depan, apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan KL Plus menjatuhkan Indra Putra dalam kotak penalti. Walaupun mendapat bantahan keras dari pemain KL Plus, namun pengadil tidak berganjak dari keputusan tersebut. Indra yang ditugaskan mengambil sepakan tersebut dengan tenang melepaskan tembakan ke penjuru sebelah kanan untuk menewaskan penjaga gol KL Plus, untuk meletakkan kelantan selesa di depan dengan jaringan 1-0.
Gol tersebut telah menyuntik moral pasukan kelantan untuk meneruskan tekanan, hasilnya kelantan hamper-hampir menambah jaringan namun digagalkan oleh penyudahan yang tumpul. Begitu juga dengan pasukan lawan yang sekali sekala melancarkan gerak gerak menarik namun berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan kelantan yang diketuai oleh Nazrul Erwan sambil dibantu oleh ketangkasan Moh Halim Napi.
Separuh masa pertama menyaksikan aksi berbalas-balas serangan dari kedua-dua pasukan dan kedudukan kekal memihak kepada kelantan dengan jaringan 1-0
Menyedari berdepan dengan laluan sukar, Separuh masa kedua menyaksikan perubahan taktikal yang dilakukan Mat Zan Mat untuk mendapatkan gol. Perubahan yang dilakukan oleh Mat Zan ternyata membuahkan hasil apabila pasukan pelawat mengusai hampir separuh padang menyaksikan pasukan tuan terpaksa bertahan.
Tertekan dengan asakan berlati arus dari pasukan pelawat, Kelantan mula memperkemaskan jentera pasukan. Hasilnya pada minit ke 76 Nor Farhan membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila menjaringkan gol kedua Kelantan.
Gol tersebut kembali menyuntik semangat para pemian, yang satu ketika seakan-akan hilang punca apabila bola banyak dikuasai oleh KL Plus. Selang 3 minit kemudian, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV kembali bergema apabila Nor Farhan meledak dengan gol ketiga Kelantan, selepas bijak menyudahkan hantaran dari rakan sepasukan untuk meletakkan Kelantan selesa melangkah ke separuh akhir.
Dengan kemenangan ini, Kelantan layak dengan jaringan agregat 4-1 untuk menempah pertemuan dengan Perlis di separuh akhir, sekali gus menamatkan penantian selama 8 tahun untuk kembali beraksi di pentas separuh akhir.

No comments:
Post a Comment