Perhatian
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih
Kedudukan Liga
Thursday, May 7, 2009
KELANTAN BUKA MATA PENGRITIK BOLA SEPAK.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang sudi menunggu dan mengikuti tulisan saya diblog pahlawan merah ini. Setelah hampir sehari saya tidak sempat untuk menulis ekoran sibuk dengan tugas harian saya, hari ini saya mempunyai sedikit ruang untuk saya kembali menulis semula.
Sejak akhir-akhir ini, ramai peminat bolasepak di Malaysia amnya mula bercakap tentang kebangkitan semula pasukan Kelantan. Suatu kebangkitan yang tidak pernah diduga oleh peminat setia pasukan. Kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Fa, suatu perkara yang harus menjadi kebanggaan buat seluruh warga kelantan. Ini kerana peminat terpaksa menunggu hampir 40 tahun, untuk melihat Kelantan kembali beraksi di pentas final.
Walaupun tewas kepada Selangor dalam aksi Final, namun rata-rata peminat yang ditemui melahirkan rasa bangga dengan kejayaan tersebut. Peminat yang hadir pada perlawanan tersebut tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasukan Kelantan pada malam tersebut, memandangkan pasukan Selangor cukup senior di pentas final. Namun segalanya berubah apabila Kelantan mempamerkan aksi yang cukup luar biasa pada penampilan pertama di pentas Final setelah menyepi hampir 40 tahun dari pentas final.
Tulisan saya kali ini bukan untuk bercakap tentang pentas final yang sudah pun berlalu. “Kelantan Buka mata Pengkritik Bolasepak Malaysia”. Itulah tajuk yang saya akan utara dan bincangkan di blog pahlawan merah ini. Kancah saingan Liga Super 2009 sudah pun memasuki perlawanan ke 13. Saingan tahun 2009 menampakan satu dimensi baru buat pasukan yang bertanding. Kejayaan pendatang baru dalam kancah Liga Super musim ini iaitu pasukan Kelantan menduduki carta 5 pasukan terbaik harus diberi perhatian. Beraksi buat pertama kali dalam saingan Liga Super, Kelantan telah membuktikan bahawa mereka bersedia untuk saingan tahun ini.
Tampil sebagai pelengkap pasukan dalam saingan Liga Super atas ihsan Persatauan Bolasepak Malaysia (FAM), kesungguhan dan kebangkitan yang dipamerkan oleh pasukan dari Pantai Timur ini harus diberikan perhatian. Kejayaan mara ke pentas akhir Piala Fa membuktikan bahawa Kelantan antara pencabar yang perlu diberi perhatian musim ini.
Jika sebelum ini, ramai pihak telah mempertikaikan kemasukkan Kelantan ke Saingan Liga Super, ada yang mengatakan bahawa Kelantan akan merosakkan perjalanan saingan liga super, namun begitu Kelantan telah berjaya menjawab kritikan tersebut dengan mempamerkan aksi yang cukup bertenaga sehingga hamper menengelamkan beberapa pasukan besar dalam kancah saingan Liga Super seperti Selangor, Pahang, Perak dan beberapa pasukan lain yang dianggap gergasi bola sepak Malaysia.
Kejayaan membawa masuk nama-nama besar seperti Indra Putra, Khalid Jamlus, Daudsu Jamaluddin dan Azlan Zainal telah memberikan impak besar buat pasukan Kelantan. Ditambah pula dengan kemasukan jurulatih yang cukup berpengalaman iaitu Peter James Butler telah membuka era baru buat bola sepak Kelantan. Dari sebuah pasukan yang telah kini telah bertukar menjadi sebuah pasukan yang kuat dan gagah.
Berbekalkan sokongan padu dari peminat setia mereka, ternyata kehadiran Kelantan yang sebelum ini dianggap perosak saingan Liga Super ini telah berjaya mengubah iklim bolasepak Malaysia, dimana kita menyaksikan hamper 20 ribu orang penyokong setia Kelantan berduyung-duyung membanjiri stadium untuk memberikan sokongan. Kehadiran para penyokong “Fanatik” ini telah berjaya memeriahkan semula kancah saingan bolasepak tempatan yang dikatakan agak suram akhir-akhir ini.
Syabas dan tahniah buat semua peminat dan pengurusan bolasepak Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment