Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, May 10, 2009

Hobi Dan Minatku



Lain Padang, Lainlah Belalang,
Lain Orang, Lainlah Ragamnya.


Itulah suatu perumpamaan yang dihasilkan oleh orang tua dulu-dulu untuk mengambarkan sifat atau sikap seseorang individu. Kadang-kadang bila difikirkan ada juga betulnya perumpamaan yang diberikan tadi.


Hari ini tajuk yang aku akan utara dalam pahlawan merah berkisarkan hobi dan minat. Aku percaya semua orang mempunyai hobi dan minat mereka yang tersendiri, termasuklah aku. Hobi atau minat ini biasanya dilakukan sebagai aktiviti sanmpingan untuk memenuhi masa yang terluang dengan benda yang berfaedah.


Hobi dan minat aku ialah menonton perlawanan bola sepak. Hobi aku ini sebenarnya bermula sejak kecil lagi. Namun hobi dan minat aku ini agak terbatas, al maklumlah aku masih lagi dikategorikan sebagai budak kecik lagi waktu itu.


Aku mula mengenali dan jatuh cinta dengan bolasepak ini sewaktu usiaku 8 tahun. Aku sangat meminati sukan ini. Namun aku tidak dianugerahkan dengan bakat untuk bermain bola sepak. Lagipun kawasan kampung aku tidak mempunyai padang untuk dijadikan padang untuk bermain bola. Kemudahan yang ada dikampunku ialah gelanggang badminton.


Badminton merupakan sukan dominant bagi kampong aku. Ramailah juga jaguh-jaguh yang dilahirkan dan membanggakan seluruh penduduk kampung aku. Tempias dari penduduk kampungku yang minat sangat dengan badminton aku pun mencubalah sukan ini. Berkat usaha dan campur sedikit dengan minat pada waktu itu, aku pun pandailah main sukan ni.


Pencapaian aku dalam sukan ini bolehlah dibanggakan. Semasa diuniversiti aku diberikan peluang untuk mewakili Fakulti dalam kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) dan Sukan Antara Kolej-Kolej Kediaman (SUKOL). Tapi aku bangga dapat wakili fakulti dan kolej aku.


Berbalik kepada minat aku tadi, aku mula belajar mengenal dunia penyokong bolasepak sewal usia 9 tahun. Apabila ayah yang aku kasihi dan sayangi telah membawa kau ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. Masa itu Liga Malaysia masih lagi bertaraf semi pro. Kalau tak silap aku, games pada malam tu ialah pertemuan Kelantan Vs Serawak. Walaupun pada masa itu aku tidak kenal pemian kelantan. Cuma yang aku kenal ialah Hashim Mustafa. Al-maklumlah waktu tuh, dia penyerang berbisa pasukan kelantan.


Aku tahu pada waktu dan ketika itu ayahku bukan minat pun dengan bola, tapi atas desakan dan ajakkan ku dia pun menurut kemahuan ku. Aku apa lagi punyalah gembira sampai terlompat-lompat. Firstime aku masuk stadium. Masuk aku terus duduk dekat scoreboard. Itulah cerita 16 tahun yang lepas. Waktu itu, minat aku terbatas.


Tahun 2005 bermulalah era baru dalam minat aku. Minat aku terhadap bolasepak nih makin mendapat selepas aku menyertai sebuah Kelab Penyokong Siber iaitu www.kelate.net. Dari situlah aku mula menterjemahkan minat aku yang aku pendam selama hampir 12 tahun.


Sekarang aku sebahagian dari mereka. Sebut sahaja perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan kesayangan aku, kelantan Fa pasti aku akan terpacak di stadium. Tidak kira perlawanan apapun Piala Presiden mahupun piala belia, aku tetap hadir memberikan sokongan.



pernah suatu ketika aku ponteng kelas semata-mata untuk travel dari cangloong ke kangar untuk menyaksikan games piala presiden. Walaupun cuaca tak menentu semangat bola telah sebati dengan aku, kau gahakan jua pergi kesana. Perjalanan yang mengambil masa selama sejam, bukan alas an bagi aku. Ku gagahkan kudarat untuk kesana.


Pernah juga aku di “sound” oleh kawan aku. Dia cakap agu nih gila bola. Lantas aku jawab memang aku gila bola, aku tengok bola ada minta duit dengan kau, ada aku menyusahkan hidup kau, aku bangga aku minat dengan team negeri aku, bukan macam kau sokongan team luar Negara. Tak der patriotic langsung. Marah betul aku waktu tuh. Budak yang saound aku terus diam. Dia pun terus belah dari bilik aku. Itulah cerita suka duka aku dengan bolasepak nih.


Walaupun ada yang cakap aku nih dah taksub dengan bolasepak, aku tak kisah, janji aku tahu apa yang aku buat dan aku rasa benda yang aku buat tak menyalahi hukum- hakam agama. Masuk waktu solat, semua ramai-ramai menunaikan waktu solat. Kadang-kadang aku juga pernah terfikir, kalaulah hobi aku minat dengan kereta, aku rasa banyak duit simpanan yang akan aku habiskan untuk ubah suai kereta, namun aku tetap bersyukur kerana inilah minat aku.


Sekarang aku bangga, kerana aku sebahagiab dari penyokong Fanatik pasukan kelantan. Fanatic yang bermaksud boleh menerima kekalahan. Bukan penyokong Holigan kalau tema kalah nak merusuh. Apa-apa korang pikirlah sendiri apa minat dan hobi korang. Janji tak salah dari segi hokum- hakam agama. Dan yang paling penting jangan terlibat dengan dadah, maksiat dan benda-benda yang boleh memudaratkan diri sendiri.


p/s : tepuk dada Tanya iman anda….

1 comment:

SangKunang said...

kito sepadang laa kalu gitu gak.
di padang yg samo.. hahaha, minat bola jak kecik lagi.
cumo bezo demo nge kawe nyo,
demo bulih gi stedium sokmo maso kecik. kawe x leh laa nok stadium mugo duk alik ulu, jeli nu. 3 jam nok gi koto baru. paah bilo nok bulih gi stedium...
minat kawe diterjemahkan dengan tgk tivi live bola, pahtu baco sokkoba berita bola.. tu jah hahaha.. sian ko ambo