Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Monday, April 25, 2011

CHANTURU KEMBALI PERKUAT KELANTAN, KARATHU PUNYA BANYAK PILIHAN.

S.Chanturu kini bersedia untuk menggalas tugas selaku penggempur

utama Kelantan





Oleh : PahlawanMerah
mieykelantan@gmail.com


KOTA BHARU - Kelantan menerima khabar gembira apabila penyerang lincahnya S.Chanturu dilaporkan sudah pulih dan bakal diturunkan dalam perlawanan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammed IV malam esok.

Kembalinya pemain tersebut dilihat bakal memberikan banyak pilihan buat pengendali The Red Warriors, Datuk M.Karathu dalam merencanakan ramuan terbaik dalam pertemuan dengan pendahulu liga ini.

Dengan adanya Chanturu, Karathu boleh membuat pilihan sama ada untuk meletakkan gandingan Chanturu / Shahrul Idlan atau Sharul Idlan / Ramzul dalam pertemuan dengan selangor ini

Anak jati kelahiran Kulim, Kedah sebelum ini terpkasa diketepikan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan terdahulu.

Kelibatnya pasti ditagih untuk memantapkan jentera serangan Kelantan dalam merobek pintu gol Selangor yang bakal di kawal oleh Saiful Amar Sundar.

No comments: