Khairul Fahmi (kanan) terus diberikan kepercayaan untuk terus menggalas tugas selaku penjaga gol utama KelantanOleh : PahlawanMerah
mieykelantan@gmail.com
KOTA BHARU - Pengaja gol utama Kelantan yang juga kapten skuad olimpik kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV malam esok.
Menurutnya, meskipun Selangor akan mempertaruh barisan terkuat dalam perlawanan tersebut, beliau optimis mampu mengekang asakan dari penyerang pelawat.
"Saya sudah bersedia untuk perlawanan dengan Selangor, walaupun bakal berdepan dengan ujian getir malam esok. Saya akan buat yang terbaik dalam pertemuan ini.
"Berdasarkan prestasi semasa saya yakin dapat melakukan tugas ini," katanya ketika di temui di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment