Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Thursday, January 28, 2010

GOL...GOL...GOL....

Mesti menang. barang kali itulah tekanan yang terpaksa dihadapi oleh para pemain termasuk Ketua Jurulatih Kelantan B. Sathianathan selepas hanya berjaya mencatatkan keputusan seri dengan pasukan ketiga di dasar liga iaitu Perak di Ipoh tempoh hari.
Biar apapun terjadi perlawanan menetang Pulau Pinang Sabtu ini, Kelantan perlu menumpul mata penuh bagi memastikan pendakian memburu kejuaraan tidak terbantut. Pertemuan ini juga bakal dijadikan titik tolak kebangkitan semula pasukan selepas hanya berjaya mengumpulkan sembilan mata dari lima perlawanan.

Pertembungan antara "The Red Warriors" yang akan melayan kunjungan "Harimau Kumbang" dilaman sendiri pasti dinanti dengan penuh minat oleh ribuan penyokong setia. Menang dengan jaringan yang cukup besar dilaman sendiri pasti ditagih oleh peminat setia selepas dihampakan oleh aksi kurang menyakinkan di Perak tempoh hari.

Tugas berat dipikul oleh semua pemain Red Warriors betapa mereka kini mula mengerti bahawa penyokong setia Merah Putih hanya mengharapkan kemenangan sahaja pada pertemuan sabtu ini. Berdasarkan rekod pertemuan TM Liga Super yang lepas dan Piala Malaysia, semuanya memihak kepada Kelantan.

Tampil dengan barisan bintang percaturan diatas kertas dilihat lebih memihak kepada kelantan. Namun harus diingat memandang rendah kemampuan lawan pasti mengundang padah buat pasukan.

Kelantan pastinya akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk merobek gawang pasukan lawan. Gandingan hairuddin Omar dan Nor Shahrul Idlan Talhah pasti sekali lagi menjadi pertaruhan Sathianathan.

Walaupun dikritik hebat oleh peminat, gandingan ini perlu membuktikan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik. Andainya gandingan ini masih lagi gagal membuktikan sentuhan penyudah yang ampuh, tidak salah rasanya memcuba gandingan Nor farhan dan Nor Shahrul Idlan Talhah.
Diposisi tengah, Kelantan dilihat tidak mempunyai sebarang masalah. Gandingan Indra- Shakir - Badri sudah pun menampakkan keserasian. Kombinasi ini dilihat mampu menggerakan posisi tengah Kelantan yang dikatakan tengelam ketika bertemu Perak, terutama di separuh masa pertama.

Diposisi yang tidak perlu dipertikaikan ialah pertahanan, Azizi Mat Rose telah berjaya membentuk gandingan yang mantap bersama S.Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin dan zairul Feetri Ishak.

Buat pengendali, B.Sathianathan tiada lagi alasan untuk keputusan seri apatah lagi kekalahan pada pertemuan ini kerana di bahagian peminat – mereka sudah memberikan segala-galanya – sokongan dan laungan keramat ‘ Gomo Kelate Gomo ‘. Cuma yang kita harapkan kemenangan sahaja pada kali ini.

1 comment:

kelantanFC said...

kawe confirm kelate mene besar lawe pinang.Paling dop pandai kelate akan sumbat 3 gol.Gomo kelate gomo..from dj sebetulnya