Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Tuesday, January 15, 2013

Misi Rantai Harimau Selatan

KOTA BHARU - Ibarat 'buku bertemu ruas' - paling tepat menggambarkan pertarungan Kelantan dan Johor Darul Takzim dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pertembungan buat kali pertama, Kelantan yang menanti selaku juara treble musim lalu tidak sabar menerima kunjungan Harimau Selatan yang dibarisi pemain bintang termasuk bekas penyerang mereka, Norshahrul Ildan Tahala.

Bagi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, beliau optimis pasukan bimbingannya mampu melakar kemenangan bergaya walaupun Johor Darul Takzim diwakili ramai pemain kebangsaan.

"Kita akan menggunakan kelebihan beraksi di Kota Bharu untuk menumbangkan Johor Darul Takzim pada perlawanan tersebut. Di sini (Stadium Sultan Muhammad IV) kita menjadi pilihan menewaskan mana-mana pasukan yang datang.

"Sokongan padu puluhan ribu penyokong setia pasti menyuntik semangat pemain untuk memperagakan aksi terbaik pada perlawanan itu seterusnya meraih tiga mata penuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Bojan mengakui Johor Darul Takzim sebuah pasukan hebat dan dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan dan pemain import seperti Daniel Guiza dan Simone Del Nero.

"Kita perlu menyekat mereka terutamanya gandingan Norshahrul dan Guiza kerana mereka ini akan memberi masalah sekiranya dibiarkan bergerak bebas.

"Kita akan memberikan tekanan kepada dua pemain ini. Jika ia
berjaya dilakukan mereka pasti berdepan masalah untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Hodak berkata, dia akan tetap menyenaraikan penyerang importnya, Keita Mandjou untuk mengetuai barisan serangan meskipun gagal menyerlah dalam dua perlawanan sebelum ini.

Katanya, Keita akan tetap mengetuai jentera serangan dan dia akan terus mengunakan pemain import berkenaan sehingga April ini.

"Saya tetap memberikan sokongan dan berharap dia dapat menjaringkan gol pada perlawanan yang begitu penting malam ini.

"Saya tak boleh guna seperti percaturan sebagaimana yang dilakukan oleh jurulatih Pahang dengan merehatkan dua pemain import kerana kita mempunyai masalah pemain tempatan," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, April 2, 2012

Kelantan kukuhkan cengkaman

KELANTAN terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super apabila membelasah pasukan di tangga kedua tercorot Felda United 5-1 dalam aksi liga di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.




Kemenangan terbesar yang dicatatkan oleh skuad bimbingan Bojan Hodak itu membuktikan pasukan tersebut mempunyai ramuan lengkap dalam usaha mempertahankan gelaran yang diraih musim lalu.



Tanpa berselindung, jurulatih berusia 41 tahun itu menyifatkan kemenangan besar itu adalah hasil disiplin tinggi yang dijelmakan oleh barisan pemainnya sepanjang 90 minit perlawanan tersebut.



Katanya, meskipun pada awalnya dia risau barisan pemainnya akan mengalami kepenatan pada perlawanan tersebut selepas mengharungi ujian getir sebelum ini, namun jangkaannya itu meleset apabila pemain bangkit mempamerkan sentuhan juara.



“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan kemenangan ini dan kita berjaya menjaringkan lima gol. Kita tidak sepatutnya memberikan jaringan kepada pasukan lawan.



“Walaupun bolos satu gol, namun saya tetap gembira dengan persembahan barisan pemain terutama pada babak kedua.



“Jadi saya harap pemain dapat meneruskan persembahan mantap ini kerana kita mahu bergelar juara," ujarnya ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan.



Pada perlawanan tersebut, Kelantan yang beraksi di gelanggang keramat mereka tidak perlu menunggu lama apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Nwoha Onyekachi.



Gol tersebut hanya bertahan seminit apabila Azrul Ahmad yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.



Nwoha terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledakkan gol kedua Kelantan dan peribadinya di minit akhir separuh masa pertama.



Bersambung babak kedua, Kelantan terus mengamuk dengan menjaringkan tiga lagi gol menerusi Nor Farhan Mohammad (minit ke-66), Indra Putra Mahyuddin (minit ke-67) dan Mohd. Badri Radzi (minit ke-80).



Mengulas mengenai persembahan Nwoha, pengendali kelahiran Croatia itu menghamburkan pujian kepada pemain tersebut yang telah mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan.



“Seperti yang saya katakan dulu, dia (Nwoha) semakin mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan yang diharungi.



“Mengenai masa depannya, saya akan jumpa dengan Tan Sri Annuar dan pengurusan dalam beberapa hari lagi, barulah kita akan buat keputusan,” tegasnya - kosmo.com.my



Sunday, April 1, 2012

Ahmad Basri, Annuar Musa Dan FAM



Disebut mengenai pasukan Kedah, individu yang paling diingati ialah Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil.

Sumbangannya telah memberi kesan yang besar kepada bola sepak negeri jelapang padi itu daripada kosong sehingga muncul sebagai sebuah pasukan gergasi. Malah Allahyarham dianggap sebagai bapa bola sepak Kedah.

Kedah mula bangkit menjadi gergasi bolasepak Malaysia setelah Arwah mula melakukan perancangan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada tahun 1984. Projek 90 yang dirancang beliau mula berputik seawal tahun 1987 namun tiga kegagalan tidak menghalang projek 90 berjaya.



Tahun 1990 Kedah berjaya memenangi buat kali pertama Piala Malaysia. Semuanya hasil perancangan bijak dari Ahmad Basri.

 
Pada tahun 1989, Allahyarham dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan dan berjaya membantu Malaysia merangkul pingat emas.

 
Selepas itu beliau merancang projek 2000 yang membuahkan hasil dan melahirkan pemain bintang seperti Akmal Rizal Rakhli.

Namun langit tidak selalu cerah. Allahyarham yang ketika itu Naib Presiden KFA telah digantung selama empat tahunserta tidak boleh terlibat dengan mana-mana aktiviti bola sepak di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik badan itu bermula dari tahun 2001-2005.



Ahmad Basri kembali mengurus pasukan Kedah pada tahun 2006-2007 selepas itu dan mencipta beberapa lagi kejayaan hasil daripada idea pembangunan bola sepaknya namun sekali lagi dikenakan hukuman daripada FAM.



Sebabnya sama iaitu mengkritik program pembangunan FAM dalam kolumnya di akhbar Harian Metro. Beliau digantung selama tiga tahun sehingga tahun 2010 tetapi meninggal dunia ketika hukuman itu belum tamat.



Itu merupakan sejarah ringkas bagaimana seorang tokoh bola sepak negara yang berjaya membangunkan sebuah pasukan yang tidak dikenali sehingga menjadi gergasi dan digeruni lawan. Namun sayang, idea dan kuderatnya tidak digunakan oleh negara gara-gara sikap ego kepemimpinan FAM.



Hari ini sejarah itu mungkin kembali berulang. Seorang lagi Ahmad Basri Akil akan muncul. Sebab musababnya hampir sama iaitu kerana mengkritik, tidak ditujukan kepada FAM tetapi skuad kebangsaan yang prestasinya diragui oleh semua pihak.

Tan Sri Annuar Musa, individu yang bertanggungjawan mengangkat bola sepak Kelantan – mungkin terlalu awal untuk menobatkannya sebagai ‘bapa’ bola sepak Kelantan tetapi sumbangannya tidak dapat dinafikan. Dalam tempoh tiga tahun beliau telah membawa pulang tiga kejuaran, Piala Malaysia, Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah.

Kejayaan itu dilakukan dalam masa yang singkat, dari Liga FAM merangkak ke Liga Perdana sebelum terbang tinggi di Liga Super.

 
Kejayaan Annuar itu dipandang oleh semua pihak dan ideanya diperlukan di peringkat kebangsaan dan disebabkan itu beliau tidak menghadapi masalah besar untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM pada tahun 2010 biarpun ditentang hebat oleh kem Selangor yang mahukan Datuk Mokhtar Ahmad.


 
Seperti dijangka kehadiran Annuar tidak disukai oleh pihak tertentu dalam FAM, beliau hanya diberikan tanggungjawab ringan untuk menguruskan pasukan wanita kebangsaan dan Liga Malaysia berbanding kapasiti sebenarnya.

 
‘Doa’ pihak tertentu untuk melihat Annuar tersungkur sudah hampir berjaya. Annuar tersalah langkah mengkritik pasukan kebangsaan bimbingan jurulatih yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.

Pelik bukan, orang nombor dua dalam persatuan tidak boleh mengkritik pasukannya sendiri, kritikan pula bukannya negatif, ia kritikan membina. Lagi pelik, jurulatih dan pengurus pula diberi restu untuk mengkritik timbalan presiden tetapi mereka terlepas.



Tekanan terhadap Annuar terus memuncak apabila dilanyak oleh pelapor-pelapor media upahan seperti Wan Fakhrul  Bakar, Rizal Hashim, Finna Nasrom dan Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa.

Mereka-mereka ini adalah nama besar dalam media tanah air. Di mana etika kewartawanan? mencampur adukkan hal peribadi dengan tugasan.


Kesemua nama-nama yang disebut ini sejak dari awal lagi dilihat cuba untuk menjatuhkan pasukan Kelantan. Mereka sebenarnya cemburu dengan kejayaan pasukan The Red Warriors tambahan pula pasukan kegemaran mereka Red Giants yang hilang punca entah ke mana.

Apa pun pasti ada nama-nama besar dari FAM disebalik wartawan ini yang menjadi orang belakang disebalik pelapor-pelabor yang menggila membelasah Kelantan terutama serangan peribadi terhadap Annuar Musa.

 
Mari kita lihat sebahagian daripada perlawanan persahabatan membabitkan skuad kebangsaan selepas Piala AFF, Malaysia tewas 0-5 kepada Australia, kemudian seri dengan Filipina 1-1 dan perlawanan dengan pasukan tempatan, Malaysia menang 1-0 dengan Sabah, menang 5-0 ke atas Kelantan dan seri 1-1 dengan Sarawak.

Apakah ini boleh dikatakan prestasi pasukan kebangsaan memberangsangkan selepas menjadi juara Piala AFF?. Atau apakah tindakan ini untuk menutup kepincangan pengurusan FAM yang cuba dibetulkan oleh Annuar.

Untuk rekod, sejak menjadi Pengerusi MSL, Annuar dan pasukan jawatankuasannya telah membawa masuk wang sebanyak RM30 juta hasil tajaan Astro tidak termasuk lagi tajaan-tajaan lain yang hampir RM10 juta.

Bagaimanapun pula dengan wang tinggalan tajaan Dunhill kepada FAM yang dikatakan bernilai sebanyak RM40 juta? bagaimana cara pengurusannya, adakah dilaburkan dengan cara yang betul.



Begitu juga dengan dakwaan Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan. Apakah seorang yang mempunyai kedudukan dalam FIFA dan akalnya tinggi akan membuat pendedahan semberono.

 
Apakah kita terlupa dengan tragedi mengatur perlawanan dengan pasukan Zimbabwe yang amat memalukan negara dan kekeliruan kenyataan Setiausaha Agung FAM berhubung penyertaan skuad Harimau Muda dalam Liga Slovakia.

Begitu juga dengan caruman insurans pemain dan jurulatih pasukan Liga Malaysia di mana di bawah peraturan baru setiap pasukan harus mencarum di bawah FAM. Apakah ia dicarum dengan betul?

Semua persoalan ini menimbulkan seribu satu tanda tanya tentang pengurusan FAM. Dan apakah Annuar harus menjadi mangsa kepada percaturan politik dalaman FAM yang masing-masing mempunyai kepentingan.

 
Sekiranya menurut kepercayaan Cina angka 4 bermaksud mati, apakah Annuar Musa akan ‘mati’ pada 4 April ini sebagaimana mana Allahyarham Ahmad Basri? - detikperubahan.com



Saturday, March 31, 2012

NGINTIP TERBARU DARI PADANG LATIHAN



Kelantan fokus semula Liga Super

SELEPAS berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Piala FA, Kelantan kini kembali fokus untuk mempertahankan kedudukan mereka di persada Liga Super apabila dijadualkan turun menentang Felda United di Kota Bharu malam ini.




Aksi di Stadium Sultan Muhammad IV dengan disaksikan ribuan penyokong setia, The Red Warriors pastinya mahu memanfaatkan peluang tersebut ketika kedudukan mereka kini semakin dihimpit oleh pasukan Lions XII dan Terengganu.



Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, cabaran pasukan Felda United tidak harus dipandang mudah oleh para pemainnya biarpun pasukan tersebut sedang bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.



Menurutnya, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Settlers itu memiliki ramai pemain berbakat yang mampu mengejutkan pasukan lain, termasuk Kelantan sekiranya tidak diberikan perhatian.



"Mereka (Felda United) mempunyai pemain yang cukup sempurna tetapi mungkin ada beberapa faktor lain menyebabkan kedudukan mereka kini tidak begitu baik dalam liga. Bagi saya, mereka bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan.



"Pemain-pemain seperti Faderin Kadir, Norizam Salaman, Azrul Ahmad dan beberapa lagi pemain mampu memusnahkan impian kita. Mereka harus diberikan perhatian dan sudah tentu kita mahu keputusannya memihak kepada kita," katanya ketika dihubungi semalam.



Tambahnya, persiapan Kelantan masih belum sempurna kerana beberapa pemain tonggak masih belum dapat diturunkan ekoran kecederaan tetapi dengan ba- risan pemain yang ada, kekosongan tersebut mampu diisi oleh pemain lain.



Katanya, apa yang menggembirakan kem Kelantan ialah kembalinya penggempur sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha yang kini sudah disahkan pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi.



"Segalanya bergantung kepada jurula- tih, sekiranya perlu kita akan menyenaraikan Norshahrul kerana jadual kita untuk bulan April cukup padat.



"Kita perlu berhati-hati dalam mengatur penggiliran pemain kerana jadual perlawanan cukup padat, terutamanya dengan kesemua aksi adalah penting, termasuk separuh akhir Piala FA dan perla- wanan Piala AFC menentang Arema Malang dari Indonesia," ujarnya.



Jelasnya, kesilapan dalam mengadakan sistem penggiliran tersebut mungkin mendedahkan pemain terhadap risiko kecederaan serta sindrom kepenatan yang pastinya memberi kesan kepada prestasi pasukan.



Dalam pada itu, Azman turut mengulas mengenai persembahan pemain importnya, Nwoha Onyekachi yang mempunyai tempoh kurang sebulan untuk terus mempamerkan aksi terbaik dalam usaha memikat pihak pengurusan untuk mengekal- kannya dalam pasukan.



"Tarikh tutup pendaftaran pada 16 April dan dia (Nwoha) mempunyai cukup masa untuk membuktikan kemampuannya untuk terus kekal dalam pasukan dan kita mengharapkan dia mampu memberikan impak kepada pasukan," jelasnya - kosmo.com.my


Annuar lwn FAM

KEMELUT yang melanda hubungan antara Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dengan badan induk bola sepak Malaysia itu kini semakin memuncak selepas beliau diarahkan untuk berdepan Jawatankuasa Tatatertib, 4 April ini.




Sesetengah pihak berpendapat, kelantangan ‘orang kuat’ bola sepak Kelantan itu wajar dihukum kerana dosa Annuar yang paling besar adalah mengkritik prestasi pasukan Harimau Malaya yang di bawah kelolaan persatuan berkenaan.



Bagi FAM, kritikan boleh dilemparkan namun, ia harus dalam bentuk yang ‘enak’ didengar dan tidak terlalu keras terutama melibatkan pasukan kebangsaan yang telah membuktikan keupayaannya menjuarai beberapa kejohanan sebelum ini.



Annuar sepatutnya belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.



Namun, tidak ada yang perlu dikesalkan, nasi sudah menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, Annuar perlu berdepan tindakan disiplin yang akan diputuskan kelak.



Kini seluruh peminat Kelantan sudah tentunya tidak berpuas hati dengan apa jua bentuk tindakan yang akan dikenakan kepada bapa pembangunan bola sepak mereka itu kecuali Annuar dilepaskan tanpa sebarang hukuman.



Sebarang bentuk hukuman sama ada Annuar digantung atau diharamkan terus daripada dunia bola sepak Malaysia, pastinya ditunggu penuh minat oleh seluruh peminat bola sepak Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.



Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan (Klate.Net), Mahizi Mahmood, berkata, teguran yang diberikan oleh Annuar seharusnya dilihat dalam bentuk yang positif.



Katanya, sebagai seorang Timbalan Presiden, Annuar mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat dalam usaha untuk terus memantapkan pasukan kebangsaan.



“Sepatutnya teguran itu tidak dilihat dalam konteks kritikan sebaliknya satu nasihat untuk kita sama-sama melihat proses pemantapan pasukan kebangsaan secara berterusan.



“Bagi saya, teguran tersebut telah disalahertikan oleh mereka yang berkenaan dan saya yakin ia mempunyai kaitan dengan ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba menjatuhkan Annuar,” katanya ketika dihubungi semalam.



Tambahnya, jika diteliti semula, kenyataan yang dikeluarkan oleh Annuar adalah bersifat umum dan sebagai salah seorang tenaga pentadbir di dalam FAM, sudah tentu kenyataan berkenaan tidak bersifat untuk mengaibkan.



Katanya, kemelut tersebut juga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Annuar dalam satu sidang media dan beliau hanya menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan.



“Annuar berdepan pertuduhan Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM iaitu memberikan kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung.



“Jika itu diambil kira, semua orang di dalam FAM tidak boleh bercakap kecuali kedua-dua individu ini tetapi, hakikatnya ramai yang mengeluarkan pendapat di dalam FAM dan mungkin secara kebetulan apa yang dicakap itu bersifat memuja dan memuji menyebabkan mereka tidak dikenakan tindakan,” ujarnya.



Mengulas mengenai titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang menyatakan Annuar sudah melakukan kesalahan besar, Mahizi berkata, beliau bimbang dengan keputusan yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib itu nanti.



“Titah tersebut sudah pastinya akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan kita bimbang ia menjadi suatu keputusan yang tidak adil,” jelasnya. -kosmo.com.my




Friday, March 23, 2012

BUKIT JALIL PULOP


Jangan ambil mudah kemampuan lawan - Azman

"Jangan ambil mudah kemampuan lawan.

Demikian komen ringkas yang dilontarkan oleh Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim menjelang pertemuan pasukannya dengan KL SPA dalam aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Menurutnya, walaupun Kelantan diramal mencatatkan kemenangan besar dalam perlawanan tersebut, namun kemampuan pasukan berstatus kelab tidak boleh di pandang rendah oleh The Red Warriors.
 
 "Saya harap pemain tidak mengambil mudah pertemuan ini walaupun mereka hanya sebuah pasukan berstatus kelab. Mereka pasti turun habis-habisan untuk mencipta kejutan dalam perlawanan ini," katanya.

 Jelasnya, kebangkitan yang di pamerkan oleh  pasukan berkenaan dalam siangan Piala FA musim ini perlu diberikan perhatian oleh semua pihak termasuk The Red Warriors - pahlawan merah

Monday, March 19, 2012

Kelantan tetap sukar digugat

PENYOKONG Kelantan tidak begitu yakin pasukan kesayangan mereka itu akan meraih kemenangan ketika berdepan Perak dalam saingan Liga Super di Ipoh malam kelmarin.




Kebimbangan mereka hadir selepas Kelantan kehilangan tiga tonggak utama iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat dan S. Subramaniam pada perlawanan tersebut.



Ditambah rekod buruk selepas dibelasah Perak 4-0 musim lalu, ia sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan para peminat The Red Warriors sama ada gergasi Pantai Timur itu mampu mengekalkan kedudukan di persada liga.



Begitupun, penyandang juara Liga Super itu berada pada kelas tersendiri apabila membenam Perak 2-0 di hadapan penyokong sendiri hasil jaringan dua pemain pertahanan mereka, Daudsu Jamaluddin dan Zairul Fitree Ishak.



Gol pembukaan menerusi Daudsu pada minit ke-11 dan Zairul Fitree selang 16 minit kemudian yang kedua-duanya menerusi sepakan percuma sudah cukup untuk meletakkan Kelantan selesa menerajui takhta Liga Super.



Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kemenangan tersebut adalah rezeki kepada pasukannya kerana kedua-dua gol tersebut dijaringkan berikutan kealpaan penjaga gol pasukan lawan.



Menurutnya, dua jaringan menerusi situasi ‘bola mati’ dan melalui dua pemain pertahanan adalah suatu yang cukup istimewa selain misi membalas hutang lama selepas dimalukan pasukan Perak musim lalu.



“Kemenangan semalam (kelmarin) terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila kita kehilangan Ramzul (Zahini Adenan) yang mengalami kecederaan serius dan kita mungkin terpaksa melupakan khidmatnya untuk satu tempoh yang lama.



“Kita tidak dapat menurunkan pasukan terkuat dalam perlawanan malam semalam (kelmarin) berikutan faktor kecederaan tetapi kita memberi kepercayaan penuh kepada pemain yang disenaraikan dan mereka telah membuktikannya,” katanya.



Tambahnya, selain tonggak utama yang tercedera, Indra Putra Mahayuddin juga tidak beraksi pada tahap sebenar berikutan kecederaan lutut yang dialami selain tidak cergas sepenuhnya.



“Indra beraksi dengan lutut yang berbalut tetapi dia rasa dia boleh main sebab itu kita buat keputusan untuk senaraikan beliau. Jika masih cedera kita tidak akan mengambil risiko,” ujarnya.



Dalam pada itu, Azman turut memuji benteng pertahanannya yang begitu ampuh bertahan mematahkan serangan pasukan Perak untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki sehingga ke tiupan wisel penamat.



“Kita kehilangan Subramaniam tetapi Obinna (Nwaneri) mengambil alih tugas tersebut dengan baik dan beliau cukup bagus mengetuai barisan pertahanan mengekang asakan pasukan lawan.



“Bagaimanapun, saya mengakui bahawa aksi pada babak kedua agak hambar kerana kita terikut-ikut dengan rentak permainan pasukan lawan. Kita terpaksa settle down selepas Perak mengasak dan akhirnya kita berjaya mempertahankan kelebihan dua gol tersebut,” jelasnya - kosmo.com.my


Friday, March 16, 2012

NGINTIP LAGI



Penyerang Import Kelantan Mohammad Ghaddar (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Norshahrul Idlan Tahala ketika sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, Rabu lalu.






Kemasukkan Indra Putra Mahyuddin ke pangkuan Kelantan dilihat memberikan impak positif buat skuad yang terkenal dengan laungan "Gomo Kelate Gomo"




Hodak (tengah) serius memberikan arahan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan dengan Perak, Di Stadium Perak , Ipoh malam esok

NGINTIP DARI PADANG LATIHAN


Norsahrul Idlan Tahala mula menjalani latihan bersama pasukan selepas mengalami kecederaan bulan lalu.



Antwi cuba melepasi kawalan Zairul Fitree ketika sesi latihan di Kota Bharu, semalam

Kelantan Lawan Perak di Masterskill Kota Bharu

KOTA BHARU - Bukti sokongan tidak berbelah bahagi kepada The Red Warriors, Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill dengan kerjasama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net)akan mengadakan tayangan layar gergasi melibatkan pertemuan Kelantan dan Perak, esok.

Tayangan layar gergasi tersebut akan berlangsung di hadapan bangunan kolej berkenaan di Lembah Sireh, dekat sini.

Eksekutif Pemasaran kolej berkenaan, Ahmad Fuad Omar berkata, ini merupakan program pertama yang dijalankan oleh pihaknya, dengan kerjasama Kelate.Net.

Menurutnya, tayangan tersebut, pihaknya turut menyediakan 20 cabutan bertuah kepada penonton yang hadir pada malam tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menjemput orang ramai untuk hadir bagi memberikan sokongan pada kepada Kelantan pada perlawanan tersebut - pahlawanmerah

Piya Tekad Sekat Perak di Ipoh

BADRI tidak mahu kekecewaan berulang di Ipoh apabila Kelantan menentang Perak esok.



KAPTEN Kelantan, Mohd. Badri Radzhi atau Piya mahu menjadikan pertemuan dengan Perak dalam pertemuan Liga Super di Stadium Perak, Sabtu ini sebagai medan terbaik untuk menebus maruah selepas tumbang kepada pasukan berkenaan 0-4 musim lalu.



Anak kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu berkata, peluang beraksi dengan Perak mahu digunakan sebaik mungkin dengan membantu Kelantan meraih tiga mata penuh selepas tidak beraksi ketika pasukan tumbang dalam perlawanan tersebut.


"Musim lalu saya direhatkan gara-gara aksi kurang konsisten dalam perlawanan sebelum itu, sehingga menyebabkan saya hanya memanaskan bangku simpanan dalam pertemuan tersebut.                                                             

"Itu cerita musim lepas, perlawanan Sabtu ini cukup penting buat saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan tiga mata, seterusnya menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat iaitu Lion XII dan Terengganu," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Tambahnya, tempoh rehat selama seminggu sudah cukup buat dia dan rakan-rakan sepasukan untuk mengembalikan semula kecergasan selepas mengharungi jadual yang ketat sebelum ini.

Perancangan tengah The Red Warriors itu mengakui pertemuan dengan Perak bukanlah tugas mudah buat dia rakan-rakanya, memandangkan skuad bimbingan Norizan Bakar itu dilihat cukup liat untuk dijinakkan terutama beraksi di gelanggang sendiri.


 Menurutnya, Perak merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain hebat seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Shahrulnizam Mustapha, Shafiq Jamal, dan tonggak import mereka Micheal Kubala.

 Tambahnya, kelibat pemain tersebut perlu diberikan perhatian oleh rakan-rakannya kerana mereka cukup merbahaya sekiranya diberikan banyak ruang pada perlawanan tersebut.

 Walau bagaimanapun, katanya, dia telah bersiap sedia untuk mengharungi ujian getir tersebut dan menuntut rakan-rakan sepasukan untuk menjelmakan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut dengan meriah tiga mata penting.


 "Turun tanpa Mat Yo (Norshahrul Idlan Tahala) dan Subra (S.Subramaniam), saya yakin Kelantan tidak berdepan dengan masalah kerana kita ada ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka.


 "Saya harap rakan-rakan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut. Tanpa Mat Yo jentera serangan Kelantan tidak pincang kerana pemain lain seperti Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohammad, S. Chanturu dan lain-lain mampu menjaringkan gol termasuklah Onyekachi Nwoha," ujarnya.


 Mengulas menegenai corak latihan yang di jalankan oleh pengendali kelahiran Croatia Bojan Hodak, Piya berkata dia rakan-rakanya selesa dengan apa yang telah diterapkan oleh jurulatih berkenaan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan corak latihan di bawah kendalian beliau (Hodak). Bagi saya dia seorang jurulatih yang bagus dan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang berkenaan," jelasnya - kosmo.com.my

Saturday, March 3, 2012

HODAK SAH MILIK KELANTAN

KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) Bojan Hodak secara rasminya dilantik sebagai jurulatih The Red Warriors yang baharu bagi mengantikan Peter Butler berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan jurulatih kelahiran Croatia itu disahkan oleh Pengurusi Jawatankuasa Pasukan Negeri Rosmadi Ismail yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Menurut Rosmadi, keputusan untuk memilih Hodak selaku jurulatih Kelantan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pasukan Negeri yang bersidang semalam.

"Hodak akan bersama kita selama satu musim. Kita yakin dan percaya, kehadiran Hodak mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Peter Butler sebelum ini," katanya.

Hodak yang berusia 41 tahun, sebelum ini pernah melabur bakti selama tiga tahun bersama My Team bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC di Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012.

 Pencapaian terbaik Hodak ialah membantu kelab China , Shandong Luneng Taishan FC muncul naib juara Piala FA di negara berkenaan - Pahlawan Merah

Friday, March 2, 2012

Apek anggap insiden simbah cat pejabat selesai

KOTA BHARU 2 Mac - Penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menganggap insiden pejabatnya dekat Jalan Sri Cemerlang di sini disimbah cat pada Februari lalu sudah selesai.

Dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes tersebut.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan dia menunggu hasil siasatan berhubung kejadian itu.

"Alhamdulillah, kejadian tersebut tidak berlaku lagi dan saya berharap ia tidak akan berulang," katanya pada majlis pelancaran logo Kelab Peminat Khairul Fahmi Malaysia (KPKFM) di ruang legar KB Mall di sini hari ini. - UTUSAN

Wednesday, February 29, 2012

Butler Resmi ke Persiba

BALIKPAPAN- Kepastian siapa pengganti Haryadi sebagai pelatih kepala tim Persiba Balikpapan terjawab sudah. Nama Peter James Butler yang kembali mencuat di beberapa pemberitaan Balikpapan Pos seiring berhembus kabar lengsernya Haryadi beberapa waktu lalu menjadi kenyataan.




Sekretaris Umum Persiba Irfan Taufiq kemarin menegaskan, Peter Butler sudah pasti bergabung kembali dengan skuad Beruang Madu Persiba. "Peter Butler sudah pasti ke Persiba. Dia (Butler) sudah resmi keluar dari Kelantan FA, karena surat keluarnya sudah diterima pada hari ini (kemarin.Red)," kata Irfan Taufiq satu jam setelah menerima kabar dari pelatih asal Inggris tersebut.



"Karena sudah tak ada masalah dengan klub sebelumnya. Butler dijadwalkan tiba pada 3 Maret nanti. Tapi dia tidak akan langsung ke Balikpapan melainkan ke Jakarta lebih dulu,"terangnya.



Menurut Irfan, Butler akan memperkenalkan diri kepada seluruh pemain Persiba, Sabtu (3/3) nanti, bersamaan ketika Aldo Barreto dan kawan-kawan melakukan uji coba lapangan di Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) Senayan, Jakarta. "Selain memantau langsung persiapan Persiba jelang laga melawan Persija, Butler akan ikut menyaksikan Persiba menghadapi tuan rumah Persija Jakarta. Laga tersebut akan menjadi acuannya untuk membenahi tim di laga berikutnya," lanjut Irfan.



Peter Butler sudah tidak asing lagi bagi Persibamania, karena Butler pernah melatih Persiba di musim 2006-2008. Selain sukses membawa Persiba lolos ke kasta tertinggi sepak bola tanah air Indonesia Super League (ISL) edisi pertama 2008-2009. Sebagai pelatih bertipikal sepakbola modern, Butler juga cukup brilian hingga mampu mengorbitkan pemain-pemain besar dari Persiba seperti TA Musafri, Sultan Samma, Robbie Gaspar, Adrian Trinidad dan bahkan penjaga gawang I Made Wirawan yang merasakan pertama kali sentuhan sang allenatore kelahiran 27 Agustus 1966 di Halifax, Inggris tersebut.



Dengan bergabungnya kembali Peter Butler ke Persiba, otomatis kehadirannya bakal langsung menggeser posisi Haryadi sebagai pelatih kepala. Menurut Irfan, posisi Haryadi akan tetap bersama Persiba meski tak lagi sebagai pelatih kepala. Pengurus Persiba segera merapatkan hal tersebut. “Haryadi tetap di Persiba mendampingi Butler , mungkin sebagai asisten atau penasehat teknik," tutup Irfan.



Terpisah Ketua Umum Persiba, Syahril HM Taher sebelumnya memang sempat menegaskan bahwa Butler bakal kembali bergabung. Apalagi kenyataannya beberapa waktu lalu, Butler juga sudah deal dalam pertemuan rahasia di Jakarta. Pada pertemuan Syahril yang saat itu didampingi Aspek Legal Persiba M Muhdar dengan Butler pada Senin (20/2) malam bertempat di Hotel Sultan Jakarta tersebut, Butler telah menandatangani kontrak yang kabarnya berdurasi selama 1,5 musim ke depan.



“Yang jelas sudah ada kesepakatan. Dan dia (Butler) siap menangani Persiba,” singkat Syahril yang enggan menyebut nilai kontrak Butler bersama Persiba tersebut.



Meski Butler belum akan menangani langsung tim Persiba saat menghadapi Persija (4/3) nanti, namun hampir dapat dipastikan ketika menghadapi PSPS Pekan Baru (10/3) di Kuantan Singingi Riau, pelatih yang pernah bermain bersama West Ham United dan West Bromwich Albion tersebut akan turun langsung menangani I Made Wirawan dan kawan-kawan. (san)  - Balikpapanpost





Selamat tinggal Kelantan - Butler



KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan kontrak Peter Butler selaku ketua jurulatih The Red Warriors berkuat kuasa semalam.




Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam pertemuan yang berlangsung di Wisma KAFA, di sini.



Ia sekali gus menamatkan 'perang dingin' antara KAFA dan Butler yang 'direhatkan' berikutan kelantangan beliau berhubung isu pengambilan pemain import yang jelas mengundang rasa kurang senang pihak pengurusan KAFA.



Timbalan Presiden KAFA yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan persatuan, Datuk Affandi Hamzah pada sidang akhbar berkata, pertemuan itu yang turut dihadiri Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim.



Ditanya siapa pengganti Butler, Affandi memberitahu, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa selepas mendapat kelulusan ahli majlis.



"Buat masa ini, tugas Butler akan diuruskan oleh penolong jurulatih, Zahasmi Ismail dan Sidek Samsuddin yang akan dibantu oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors, Bojan Hodak," ujarnya.



Butler dilantik pada Oktober lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk M. Karathu yang memutuskan untuk bersara.



Sementara itu, Butler ketika ditemui menerima keputusan tersebut dan gembira kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.



"Saya bergembira dapat berkhidmat dengan pasukan Kelantan dan mempunyai pembantu yang cukup dedikasi. Saya bangga kerana meninggalkan pasukan ini dengan rekod yang baik," katanya yang belum pasti mengenai arah tujunya selepas ini, tetapi akan tetap menjadi seorang jurulatih.



Dalam pada itu, spekulasi siapa pengganti Butler mula menjadi tajuk bualan penyokong The Red Warriors dan antara yang dikaitkan dengan pasukan Kelantan ialah Hodak, bekas jurulatih Felda United, Reduan Abdullah dan Karathu.



 Affandi Hamzah (kanan) dan Peter Butler bersalam selepas mengadakan pertemuan di Kota Bharu semalam -Utusan.com.my


Tuesday, February 28, 2012

Kelibat Bojan Hodak hangatkan spekulasi

KOTA BHARU - Desas-desus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army), Bojan Hodak menggantikan Peter Butler semakin bertiup kencang apabila dia mula mengendalikan sesi latihan skuad The Red Warriors di sini, semalam.


Tinjauan Utusan Malaysia di padang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pasir Tumboh, dekat sini mendapati, sesi latihan yang berlangsung selama satu jam setengah itu berjalan dengan lancar.


Biarpun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut, namun pengendali kelahiran Croatia itu dilihat tidak kekok untuk mengendalikan sesi latihan tersebut yang turut dibantu oleh penolong jurulatih, Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsudin.


Sementara itu, Hodak ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut mengenai kehadirannya melatih skuad The Red Warriors.


"Itu anda (wartawan) kena tanya sendiri kepada pihak pengurusan KAFA. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perkara ini. Tugas saya di sini hanya membantu mengendalikan sesi latihan pasukan sahaja," katanya.



Utusan Malaysia semalam melaporkan, ketua jurulatih Kelantan, Peter Butler yang direhatkan buat sementara waktu oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkemungkinan besar bakal meninggalkan The Red Warriors.


Dalam pada itu, sebuah blog, balikpapanpost melaporkan, Peter Butler dikatakan akan melatih pasukan Persiba Balik Papan, Indonesia - Utusan Malaysia

Monday, February 27, 2012

GHADDAR KEMBALI KE KOTA BHARU



KOTA BHARU - Peledak sensasi Lubanan Mohammad Ghaddar akan di tiba di Kota Bharu hari ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Tan Sri Annuar Musa dalam  entri terbaru di akaun "facebook" miliknya memberitahu :


GHADDAR TIBA DI KOTA BHARU HARI INI..3 HARI LEWAT DARI CUTI YG DILULUSKAN UTK NYA..alasannya FLIGHT PENUH...masyaallah ya ghaddar...anyway AHLAN WA SAHLAN AND WELCOME BACK GHADDAR!!!!


BOJAN LATIH KELANTAN ???

Bojan latih Kelantan. 

Itu antara isu mutakhir yang hangat diperdebatkan oleh penyokong setia The Red Warriors buat masa ini, apabila Bojan Hodak dikhabarkan akan menggantikan Peter Butler bagi melatih Kelantan musim ini.

 Khabar angin tersebut dikatakan semakin bertiup kencang apabila bekas pegendali UPB My Team 2006-2009 itu dilaporkan mula mengendalikan latihan skuad Che Siti Wan Kembang itu hari ini.

Berdasarkan maklumat risikan yang diterima oleh penulis, pengendali berusia 41 tahun ini dilihat sudah mengenali barisan pemain yang ada dalam skuad Kelantan itu.

Malah sesi latihan di sebelah pagi yang berlangsung selama satu jam setengah itu memperlihatkan, Bojan sama sekali tidak lekok untuk mengendalikanya sesi latihan itu sambil dibantu oleh dua tonggak berpengalaman yang juga yang penolong jurulatih Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsudin.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan berita tersebut. Penulis difahamkan jurulatih Kelantan Peter Bulter di khabarkan akan pulang ke Kota Bharu untuk menyelesaikan segala permasalahan melibatkan beliau dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Isu ini dikatakan timbul selepas jurulatih kelahiran Halifax England itu dikatakan mengeluarkan kenyataan pedas dengan mengkritik persatuan terbabit selepas kurang sedang dengan isu pengambilan pemain import.

Kafa sebelum ini mengambil tindakan "merehatkan" Peter Butler ekoran kritikan beliau terhadap majikanya itu tempoh hari.


Setiausaha Agong Kafa Azman Ibrahim berkata Peter Butler direhatkan untuk satu tempoh yang tidak diketahui bagi memberi peluang kepada jurulatih berbangsa Inggeris itu untuk menyiapkan jawapannya kepada Kafa berhubung kritikan pedasnya itu.

Lama sesawang arena.my Ahad lalu melaporkan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menggesa Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler pulang ke Kelantan secepat mungkin selepas menghilangkan diri sejak seminggu lalu.

Desas-desus masalah antara Kafa dan Butler hangat diperkatakan selepas jurulatih Kelantan dikatakan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Kafa yang membuat keputusan tanpa merujuk kepada dia terlebih dahulu.

Tan Sri Annuar mengakui terdapat masalah antara Kafa dengan Butler, namun menegaskan isu tersebut tidak akan selesai selagi dia menghilangkan diri.

Selain itu, Annuar juga menyifatkan krisis antara Buler dan Kafa hanya di peringkat pengurusan dan boleh diselesaikan dengan baik.