Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Sunday, April 1, 2012

Ahmad Basri, Annuar Musa Dan FAM



Disebut mengenai pasukan Kedah, individu yang paling diingati ialah Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil.

Sumbangannya telah memberi kesan yang besar kepada bola sepak negeri jelapang padi itu daripada kosong sehingga muncul sebagai sebuah pasukan gergasi. Malah Allahyarham dianggap sebagai bapa bola sepak Kedah.

Kedah mula bangkit menjadi gergasi bolasepak Malaysia setelah Arwah mula melakukan perancangan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada tahun 1984. Projek 90 yang dirancang beliau mula berputik seawal tahun 1987 namun tiga kegagalan tidak menghalang projek 90 berjaya.



Tahun 1990 Kedah berjaya memenangi buat kali pertama Piala Malaysia. Semuanya hasil perancangan bijak dari Ahmad Basri.

 
Pada tahun 1989, Allahyarham dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan dan berjaya membantu Malaysia merangkul pingat emas.

 
Selepas itu beliau merancang projek 2000 yang membuahkan hasil dan melahirkan pemain bintang seperti Akmal Rizal Rakhli.

Namun langit tidak selalu cerah. Allahyarham yang ketika itu Naib Presiden KFA telah digantung selama empat tahunserta tidak boleh terlibat dengan mana-mana aktiviti bola sepak di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik badan itu bermula dari tahun 2001-2005.



Ahmad Basri kembali mengurus pasukan Kedah pada tahun 2006-2007 selepas itu dan mencipta beberapa lagi kejayaan hasil daripada idea pembangunan bola sepaknya namun sekali lagi dikenakan hukuman daripada FAM.



Sebabnya sama iaitu mengkritik program pembangunan FAM dalam kolumnya di akhbar Harian Metro. Beliau digantung selama tiga tahun sehingga tahun 2010 tetapi meninggal dunia ketika hukuman itu belum tamat.



Itu merupakan sejarah ringkas bagaimana seorang tokoh bola sepak negara yang berjaya membangunkan sebuah pasukan yang tidak dikenali sehingga menjadi gergasi dan digeruni lawan. Namun sayang, idea dan kuderatnya tidak digunakan oleh negara gara-gara sikap ego kepemimpinan FAM.



Hari ini sejarah itu mungkin kembali berulang. Seorang lagi Ahmad Basri Akil akan muncul. Sebab musababnya hampir sama iaitu kerana mengkritik, tidak ditujukan kepada FAM tetapi skuad kebangsaan yang prestasinya diragui oleh semua pihak.

Tan Sri Annuar Musa, individu yang bertanggungjawan mengangkat bola sepak Kelantan – mungkin terlalu awal untuk menobatkannya sebagai ‘bapa’ bola sepak Kelantan tetapi sumbangannya tidak dapat dinafikan. Dalam tempoh tiga tahun beliau telah membawa pulang tiga kejuaran, Piala Malaysia, Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah.

Kejayaan itu dilakukan dalam masa yang singkat, dari Liga FAM merangkak ke Liga Perdana sebelum terbang tinggi di Liga Super.

 
Kejayaan Annuar itu dipandang oleh semua pihak dan ideanya diperlukan di peringkat kebangsaan dan disebabkan itu beliau tidak menghadapi masalah besar untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM pada tahun 2010 biarpun ditentang hebat oleh kem Selangor yang mahukan Datuk Mokhtar Ahmad.


 
Seperti dijangka kehadiran Annuar tidak disukai oleh pihak tertentu dalam FAM, beliau hanya diberikan tanggungjawab ringan untuk menguruskan pasukan wanita kebangsaan dan Liga Malaysia berbanding kapasiti sebenarnya.

 
‘Doa’ pihak tertentu untuk melihat Annuar tersungkur sudah hampir berjaya. Annuar tersalah langkah mengkritik pasukan kebangsaan bimbingan jurulatih yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.

Pelik bukan, orang nombor dua dalam persatuan tidak boleh mengkritik pasukannya sendiri, kritikan pula bukannya negatif, ia kritikan membina. Lagi pelik, jurulatih dan pengurus pula diberi restu untuk mengkritik timbalan presiden tetapi mereka terlepas.



Tekanan terhadap Annuar terus memuncak apabila dilanyak oleh pelapor-pelapor media upahan seperti Wan Fakhrul  Bakar, Rizal Hashim, Finna Nasrom dan Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa.

Mereka-mereka ini adalah nama besar dalam media tanah air. Di mana etika kewartawanan? mencampur adukkan hal peribadi dengan tugasan.


Kesemua nama-nama yang disebut ini sejak dari awal lagi dilihat cuba untuk menjatuhkan pasukan Kelantan. Mereka sebenarnya cemburu dengan kejayaan pasukan The Red Warriors tambahan pula pasukan kegemaran mereka Red Giants yang hilang punca entah ke mana.

Apa pun pasti ada nama-nama besar dari FAM disebalik wartawan ini yang menjadi orang belakang disebalik pelapor-pelabor yang menggila membelasah Kelantan terutama serangan peribadi terhadap Annuar Musa.

 
Mari kita lihat sebahagian daripada perlawanan persahabatan membabitkan skuad kebangsaan selepas Piala AFF, Malaysia tewas 0-5 kepada Australia, kemudian seri dengan Filipina 1-1 dan perlawanan dengan pasukan tempatan, Malaysia menang 1-0 dengan Sabah, menang 5-0 ke atas Kelantan dan seri 1-1 dengan Sarawak.

Apakah ini boleh dikatakan prestasi pasukan kebangsaan memberangsangkan selepas menjadi juara Piala AFF?. Atau apakah tindakan ini untuk menutup kepincangan pengurusan FAM yang cuba dibetulkan oleh Annuar.

Untuk rekod, sejak menjadi Pengerusi MSL, Annuar dan pasukan jawatankuasannya telah membawa masuk wang sebanyak RM30 juta hasil tajaan Astro tidak termasuk lagi tajaan-tajaan lain yang hampir RM10 juta.

Bagaimanapun pula dengan wang tinggalan tajaan Dunhill kepada FAM yang dikatakan bernilai sebanyak RM40 juta? bagaimana cara pengurusannya, adakah dilaburkan dengan cara yang betul.



Begitu juga dengan dakwaan Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan. Apakah seorang yang mempunyai kedudukan dalam FIFA dan akalnya tinggi akan membuat pendedahan semberono.

 
Apakah kita terlupa dengan tragedi mengatur perlawanan dengan pasukan Zimbabwe yang amat memalukan negara dan kekeliruan kenyataan Setiausaha Agung FAM berhubung penyertaan skuad Harimau Muda dalam Liga Slovakia.

Begitu juga dengan caruman insurans pemain dan jurulatih pasukan Liga Malaysia di mana di bawah peraturan baru setiap pasukan harus mencarum di bawah FAM. Apakah ia dicarum dengan betul?

Semua persoalan ini menimbulkan seribu satu tanda tanya tentang pengurusan FAM. Dan apakah Annuar harus menjadi mangsa kepada percaturan politik dalaman FAM yang masing-masing mempunyai kepentingan.

 
Sekiranya menurut kepercayaan Cina angka 4 bermaksud mati, apakah Annuar Musa akan ‘mati’ pada 4 April ini sebagaimana mana Allahyarham Ahmad Basri? - detikperubahan.com



No comments: