Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Friday, February 17, 2012

Kemelut Kafa – Butler Selesai

KOTA BHARU – Isu Ketua Jurulatih Kelantan, Peter Butler dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan selesai.
Ia selepas pertemuan di antara Butler dengan Setiausaha Agung Kafa Azman Ibrahim di kafe The Red Warriors Station di sini hari ini.
Azman berkata, isu berkenaan hanyalah salah faham dan mengakui masalah komunikasi menjadi punca kepada tercetusnya konfrantasi antara kedua-dua pihak setelah jurulatih itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kafa.

“Tidak timbul langsung soal campur tangan oleh pihak pengurusan. Ia hanyalah salah faham mengenai pemilihan pemain import baru, Onyekachi Nwoha apabila kita perlu menyegerakan urusan pendaftarannya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam keadaan tergesa-gesa.

“Pemain import ini tiba di Kota Bharu pada 11 Februari lalu dan Butler sendiri sudah dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa kita akan mengambil pemain import keempat. Kita tidak sempat memperkenalkan pemain ini kepada beliau dan mungkin di situ timbul salah faham mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai kelemut yang melibatkan Peter Butler dengan pengurusan kafa.
Selepas perlawanan Kelantan menentang Selangor kelmarin, Butler secara terbuka membelasah pengurusan pasukan itu dalam isu pemilihan pemain import.
Ia mendapat reaksi daripada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Annuar dalam facebooknya secara terbuka mendedahkan bahawa beliau pernah memberi kata dua kepada Butler sekiranya tidak berpuas hati dengan pengurusan pasukan.
Sementara itu, Azman berkata, pihaknya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada Butler untuk menentukan corak latihan dan senarai 18 pemain pasukan Kelantan untuk setiap perlawanan Liga Super.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil ke atas Butler ekoran kenyataan keras beliau sebelum ini, Azman berkata, ia akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kafa yang akan bersidang pada Sabtu ini.

“Biarlah jawatankuasa tentukan. Kalau perlu panggil, Kafa akan panggil beliau. Beliau mungkin ada alasan tersendiri dan kita akan mendengar apa penjelasan beliau nanti, ” katanya - detikperubahan.com

No comments: