Pagi tadi PM sempat meninjau sesi latihan terakhir The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammed IV sebelum bertolak ke Stadium Utama Negeri Kangar, untuk bertemu Singa Utara dalam aksi Liga Super malam esok.
Kesemua pemain turun menjalani latihan kecuali S.Chanturu yang dikhabarkan mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu Sabah tempoh hari.
Turun bertemu Perlis, Kelantan dijangka akan berdepan laluan sukar apabila skuad bimbangan Salim Tofel Mohammad yang baru sahaja melakar kemenangan pertama menumbangkan pasukan berstatus bintang Negeri Sembilan Sabtu lalu.
Perlis yang dilihat masih segar dengan kemenangan tersebut, pasti akan menurunkan barisan terkuat untuk perlawanan malam esok. Jika dilihat di atas kertas, kelebihan berpihak kepada Kelantan, namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.
Pasukan mana yang kurang melakukan kesilapan dan menggunakan peluang dialah berhak untuk dinobatkan selaku pemenanang.
Kembali semula tiga tunggak utama peledak berbisa Kelantan Norshahrul Idlan Tahala, perancang tengah Muhammad Shakir Shaari serta Daudsu Jamaluddin dilihat akan mengisi lompang kecacatan yang ada dalam pasukan ketika diikat seri tanpa jaringan oleh Sabah, Sabtu lalu.
Dengan adannya Mohd. Shakir Shaari, penulis percaya jentera tengah Kelantan dilihat kembali bernafsu untuk membantu Noshahrul Idlan Talaha untuk mencetak lebih banyak gol dalam perlawanan tersebut.
Bagi Norshahrul, perlawanan malam ini cukup penting buat pasukannya dalam usaha merapatkan kedudukan dengan tiga pasukan teratas liga.
Malah, dia kini bersedia untuk kembali menggalas tugas sebagai penggempur utama selepas direhatkan dalam perlawanan lalu akibat menerima tiga kad kuning.
Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu ketika ditemui berkata, pasukannya tiada pilihan selain mendapatkan tiga mata dalam perlawanan ini dalam usaha megembalikan semula moral pasukan.
No comments:
Post a Comment