Desas desus berita mengenai tindakan merehatkan Ketua Pasukan Kelantan Semakin bertiup kencang khususnya di kalangan peminat setia The Red Warriors.
Mana tidaknya berdasarkan sesi latihan terakhir semalam menyaksikan inilah antara nama-nama yang dikaitkan untuk membarisi kesebelasan utama Kelantan yang akan turun melayan kunjungan juara Liga Perdana musim lalu Felda United di Stadium Sultan Muhammed IV malam ini.
Berdasarkan formasi tersebut, ketua jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu membuat percaturan berani apabila tidak menyenaraikan ketua pasukan Mohd. Badri Razhi untuk mengetuai perancangan jentera tengah. Sebaliknya tugas yang selalu diberikan kepada Mohd. Badri dilihat kembali memberikan peluang kepada penjaring gol penting kelantan minggu lalu Daniel Fadly Abdullah untuk membuktikan sentuhan berbisanya.
Meskipun sudah berusia 30 tahun, kemampuan bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia musim lalu tidak perlu dipertikaikan.
Pengalaman luas yang ditimba sepanjang aksi Liga Malaysia dilihat mampu menghadirkan sesuatu buat Kelantan malam ini Aksi bertenaga yang dipamerkan ketika membantu kebangkitkan Kelantan ketika bertemu T-Team wajar diberikan perhatian apabila ia menjadi tonik kebangkitan Kelantan untuk merapatkan jurang gol, biarpun dipaksa berputih mata dengan ketajaman sentuhan penyudah Indraputra, Nor Farhan, Zairol Annuar Zailani serta Haris Safwan Kamal.
Berbalik kepada keputusan merehatkan ketua pasukan Mohd. Badri pada perlawanan malam ini secara peribadinya saya amat bersetuju dan ia merupakan satu langkah wajar.
Ini kerana prestasi yang ditunjukkan oleh beliau dalam dua perlawanan sebelum ini agak mengecewakan.
Tidak dapat dinafikan sentuhan Badri kepada Kelantan musim ini cukup penting dengan bertindak cemerlang apabila membantu Kelantan muncul juara Piala Sumbangsih buat kali pertama sejak ia mula diperkenalkan.
Harapan saya ialah keputusan tersebut mampu untuk mengembalikan semula sentuhan emas penjaring gol penting Kelantan pada aksi Final Piala Malaysia musim lalu akan terus berulang seterusnya membantu The Red Warriors muncul juara musim ini.
No comments:
Post a Comment