


PM bersama Unit Media Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) sempat meninjau sesi latiah terakhir skuad The Red Warriors menjelang pertemuan dengan pendahulu Liga Super selangor, di Stadium Sultan Muhammed IV.
Sesi latihan tersebut menyaksikan kembalinya penyerang lincah yang baru pulih dari kecederaan iaitu S.Chanturu.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu ketika ditemui berkata perlawanan ini sememangnya cukup penting buat pasukannya dalam usaha untuk meneruskan pendakian di puncak liga.
Menurutnya, untuk perlawanan ini, beliau akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk memastikan tiga mata berjaya diraih dalam perlawanan tersebut.
"Saya harap pemain dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan ini, ia cukup penting buat kita," katanya.
Dalam pada itu, Karathu memberitahu, beliau mejangkakan perlawanan ini cukup sengit buat pasukanya dan mengingatkan barisan pemain supaya tidak mengambil mudah.
No comments:
Post a Comment