Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Saturday, April 2, 2011

KELANTAN DAPAT TIGA MATA

KELANTAN meneruskan cengkaman di persada Liga Super apabila mudah menjinakkan skuad bawah 23 tahun kebangsaan Harimau Muda A 2-1 pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV malam kelmarin.


Turun dengan misi untuk memburu tiga mata penting, Kelantan bagaimapun di kejutkan dengan serangan awal pelawat menerusi penyerangnya Irfan Fazail namun berjaya di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.


Tersentak dengan asakan awal pelawat, Kelantan mula memperkemaskan corak permaian dan berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-11 pemain sayap kanan K. Soley selepas bola sepakannya ditampan oleh pemain pertahanan Harimau Muda A.


Selang seminit kemudian, Kelantan hampir menambah jaringan menerusi rembatan padu pemain sayap kiri Nurul Azuwan Roya namun sepakannya hanya singgah di palang gol Harimau Muda A ketika Mohd. Zamir sudah pun tertewas. Minit ke-24 Stadium Sultan Muhammed IV kembali bergemuruh apabila S.Canturu bijak memperdayakan penjaga gol Harimau Muda A sebelum melepaskan rembatan padu untuk jaringan kedua tuan rumah.


Bagaimapun Harimau Muda A berjaya merapatkan jurang gol menerusi Mohd. Irfan Fazail pada minit ke-44 selepas berjaya mengambil kesempatan kekalutan di pintu gol Kelantan.


Bersambung babak kedua, Harimau Muda A dilihat lebih banyak mendominasi permainan. Percaturan taktikal jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu yang mengeluarkan pemain sayap, Mohd Nurul Azwan dan memasukkan Mohamad Ab Aziz Ismail pada pertengahan babak kedua hampir memakan diri apabila jentera tengah dilihat gagal berfungsi dengan baik setelah kehilangan khidmat Kapten, Muhd Badhri Radzi sebelum itu.


Pada m-64, penyerang Harimau Muda, Mohamad Fandi Othman mensia-siakan peluang terbaik apabila rembatan leretnya sekadar melintasi pintu gol Kelantan biarpun Khairul Fahmi sudahpun tertewas daripada kedudukannya.


Lapan minit kemudian, Mohamad Fandi sekali lagi gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila tidak berupaya menolak masuk rembatan leret Mahalli Jasuli didepan pintu gol Kelantan.


Sementara itu, Kelantan yang kian tenggelam dalam asakan berterusan pasukan pelawat turut mempunyai peluang menerusi sepakan percuma Zairul Fitree pada m-75 yang menyaksikan Muhammad Zamir terpaksa menumbuk keluar bola daripada pintu golnya.


Pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Express’, S Chanturu seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menjarakkan kedudukan The Red Warriors apabila mensia-siakan dua peluang terbaik yang dimilikinya.


Larian solonya pada m-82 berakhir dengan kekecewaan apabila rembatannya mudah dibaca Muhammad Zamir biarpun hanya berhadapan dengan penjaga gol Harimau Muda itu.


Sementara pada m-85, Chanturu sekali lagi menghampakan penyokong setia Kelantan apabila gagal menyepak tepat ke pintu gol setelah menerima umpanan cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha.


Malah, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan turut mempersiakan satu-satunya peluang terbaik yang dimiliki dalam perlawanan malam tadi apabila rembatannya sedikit melewati palang gol Harimau Muda pada m-89 perlawanan.


Penghujung perlawanan sememangnya menjadi milik pasukan pelawat namun rembatan pemain gantian, Wan Zack Haikal Wan Noor sedikit melewati palang sementara percubaan Mohamad Fandi pula menyaksikan hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan