Piya (kanan) kembali menemui sentuhan apabila menjaringkan hatrik ketika menewaskan Perlis malam kelmarin
KOTA BHARU - Selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan terdahulu, Kelantan mempamerkan kebangkitan apabila menumbangkan Perlis 5-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Utama Negeri, Kangar malam kelmarin.
Kejayaan mengutip tiga mata penuh menyaksikan Kelantan naik ketangga ketiga dalam carta liga selepas pencabar terdekatnya Perak hanya berkongsi satu mata selepas diikat Terengganu.
Ketua jurulatihnya, Datuk M.Karathu menyifatkan kemenangan tersebut cukup bermakna buat pasukannya selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan sebelum ini.
Menurutnya, kemenangan ini dilihat akan menjadi titik tolak kebangkitan semula The Red Warriors untuk menghadapi perlawanan pusingan kedua yang akan bermula Jumaat ini.
Gol-gol kemenangan Kelantan dijaringan oleh Kapten Pasukan Mohd. Badri Razhi pada minit ke-46, 66 dan 78 manakala peggempur sensasi kebangsaan Norsahrul Idlan Talaha meledak dua gol ke6 dan 43.
No comments:
Post a Comment