KELANTAN mengukuhkan cengkaman di singgahsana Liga Super selepas mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 ketas Negeri Sembilan pada akasi liga di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
Beraksi di laman sendiri, Kelantan dipaksa menunggu sehingga minit ke-47 untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan mudah pemain lincahnya S.Chanturu yang berjaya meyudahkan hantaran pemain pertahanan Mohd. Rizal Fahmi Rosid.
Gol tersebut nyata menyemarakkan lagi semangat tuan rumah untuk menambah koleksi jaringan.
Hasilnya pada minit ke-74 Stadium Sultan Muhammed IV sekali lagi bergema dengan sorakkan padu peminat setia The Red Warriors apabila penggempur sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol kedua tuan rumah.
Norshahrul terus membuktikan ketajaman penyudah pada minit ke-80 dengan melengkapkan jaringan kedua peribadinya sekali gus menambah derita Negeri Sembilan.
Sementara itu, pencabar terdekat Kelantan, Perak melepaskan peluang untuk terus menghambat kedudukan selepas hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Harimau Muda A.
Di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu, Skuad bimbingan Irfan Bakti terus memberikan tekanan kepada Perak selepas menumbangkan Johor FC 3-0 menerusi jaringan Abdul Hadi Yahya (7), Ismail Faruqi (12) dan Ashari Samsudin (77).
Juara bertahan Liga Super, Selangor terus memperbaiki kedudukan ke tangga keempat selepas menewaskan Kedah 2-0 sementara Felda United terus mengekori rapat kedudukan dengan menundukkan T-Team 2-0 di Stadium Petaling Jaya.
Ketiga-tiga pasukan Terengganu, Selangor dan Felda United masing-masing terikat 11 mata namun dinafikan dengan kelebihan jaringan oleh skuad Penyu.

No comments:
Post a Comment