KOTA BHARU - The Red Warriors meneruskan cengkaman di persada liga selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV malam semalam.
Penyerang muda Kelantan Muhammad Ramzul Zahini Adenan muncul wira pasukan apabila jaringanya pada minit ke-46 menjadi titik tolak kebangkitan pasukan selepas mempamerkan aksi hambar di separuh masa pertama.
Jaringan tersebut nyata menyemarakkan semangat barisan pemain Kelantan apabila mempamerkan corak menyerang sehingga memaksa Kuala Lumpur lebih banyak bertahan di separuh masa kedua.
Pengempur sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-87 selepas bijak menyudahkan hantaran Nurul Azuwan Roya.
Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terus selesa dipuncak dengan mengenalkan rekod tanpa kalah sepanjang empat perlawanan.
No comments:
Post a Comment