Kelantan menggondol lima anegurah utama pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM yang berlangsung di Petaling Jaya Hilton, tengah tari tadi.
Pada majlis tersebut, peledak berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang juga pemian kebangsaan memenangi dua kategori, Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai, manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut menang dua kategori, Penjaga Gol Terbaik serta Pemain Muda Terbaik.
Sementara itu, pengendali The Red Warriors B Sathianathan diumumkan sebagai Jurulatih Terbaik selepas membimbing berjaya muncul naib juara Liga Super dan menjuarai Piala Malaysia Sabtu lalu.
Tahun lalu, Kelantan membolot anugerah sama melalui kapten pasukannya, Indra Putra Mahayuddin.
Bagi kategori lain menyaksikan bek pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak memenangi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik dan Baddrol Bakhtiar (Kedah – Pemain Tengah Terbaik).
Juara Liga Super, Selangor pula meraih anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik (FA) sementara Johor FC menang kategori Kelab Bola Sepak Terbaik.
Bagi anugerah Kelab Penyokong Terbaik pula dimenangi Kelab Penyokong Pasukan Kedah.
1 comment:
1.kenapa FAS dapat anugerah persatuan bola terbaik??kenapa bukan Kafa??
2.Kenapa kelab penyokong kelantan tak dapat anugerah kelab penyokong terbaik??? sapo bulis jwb..sajo ambo nop tahu..
Post a Comment