Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Wednesday, October 6, 2010

Sathianathan Cabar Pemain Kelantan

Mampukan Hairuddin Meledakan Gol Malam ini


KETUA Jurulatih Kelantan B. Sathianathan mencabar pemain-pemainya supaya mempamerkan aski terbaik ketika melayan kunjungan PKNS Selangor pada aski Kumpulan A di Stadium Sultan
Muhammed IV malam ini.

Menurutnya, cabaran tersebut lontarkan sebagai menghargai sokongan peminat setia The Red
Warrios yang mahu pemainya menunjukkan mutu perlawanan yang baik setiap kali turun beraksi di atas padang.

Tambahnya, pemain perlu memikul tanggungjawab tersebut dan memastikan tiga mata berjaya di raih dalam usaha mencerahkan peluang Kelantan untuk layak kepusingan seterusnya.

"Mahu tak mahu tiga mata harus di raih, jadi saya menuntut para pemain supaya mengulangi
apa yang mereka tunjukkan pada perlawanan lalu iaitu semangat tidak mudah berputus asa.

"Bagaimanpun, Kita tidak boleh memandang rendah kemampuan layan. PNKS sebuah pasukan yang kuat, mereka berjaya menewaskan KL Plus pada perlawanan lalu, jadi saya jangkakan
perlawanan ini pasti menjanjikan satu pertarungan sengit memandangkan masing-masing masih
lagi mempunyai peluang untuk layak," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Sathianathan mengingatkan para pemainya supaya tidak gopoh dan memberikan tumpuan sepenuh perhatian sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya menyedari para pemain berada dibawah tekanan setiap kali beraksi. Namun mereka harus bijak mengendalikan tekanan seperti itu apabila bermain untuk Kelantan.

“Semua pemain harus bersikap tenang. Tunjukkan yang terbaik dan saya percaya para peminat
akan sentiasa berada di belakang kita memberi sokongan," ujarnya.

Sathianathan memberitahu, beliau mungkin akan melakukan sedikit rombakan dalam menyenaraikan kesebelasan pemain yang akan diturunkan mewakili Kelantan.

“Beberapa kelemahan pada aksi lalu tidak harus diulangi pada perlawanan malam esok (ini).
Di Paroi, bila kita ketinggalan dua gol, kita bermain dengan baik.

"Tetapi sebaik sahaja menyamakan kedudukan, pemain seakan-akan hilang arah dan saya tidak
mahu situasi seperti ini berulang," jelasnya.

Katanya, beliau berharap para peminat setia Kelantan terus memberi sokongan kepada pemain
Kelantan bagi mencipta kemenangan dalam perlawanan malam ini.

No comments: