Saingan Piala Malaysia kembali menemui peminat dengan lapan perlawanan yang bakal berlangsung di seluruh negara.
Dengan memasuki fasa kedua, ia pasti menjanjikan saingan sengit dalam menentukan pasukan manakah yang bakal melayakkan diri ke pusingan peringkat suku akhir pada saingan kali ini.
Ahad ini, Kelantan akan bertandang ke Stadium Paroi, untuk bertemu Negeri Sembilan dalam usaha untuk mencerahkan harapan untuk layak ke pusingan seterusnya selepas hanya berjaya mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan.
Bersadarkan prestasi semasa, Kelantan dijangka berdepan laluan sukar di Paroi memandangkan lawanya masih lagi segar dengan kemenangan yang dicatatkan keatas PKNS Selangor tempoh hari.
Begitupun, Kelantan pasti tidak akan memberikan laluan mudah buat lawananya itu, Walaupun turun tanpa dua tonggak utamanya iaitu Nor shahrul Idlan dan kahirul Fahmi che Mat
No comments:
Post a Comment