Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Thursday, October 28, 2010

'Kemenangan sebagai hadiah istimewa'

Skuad Kelantan giat menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, semalam sebagai persiapan menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang juara bertahan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. - UTUSAN/Zulhanifa Sidek



sukan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan B. Sathianathan mahu menjadikan kemenangan Piala Malaysia musim ini sebagai hadiah yang cukup istimewa buat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan seluruh rakyatnya.

Menurut Sathianathan, peluang beraksi pada pentas perlawanan akhir itu nanti akan digunakan sebaik-baiknya oleh semua pemain bagi memastikan pasukan mereka muncul juara.

"Segala persiapan untuk perlawanan akhir berjalan dengan lancar dan kesemua barisan pemain telah bersiap sedia untuk turun beraksi pada perlawanan itu nanti.

"Semua pemain bebas dari penggantungan dan kecederaan kecuali dua pemain iaitu Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam pada posisi pertahanan yang hampir pasti tidak dapat diturunkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambahnya, Kelantan mungkin akan kehilangan seorang lagi pemain, Akmal Rizal walaupun setakat ini belum diketahui status kecederaannya.

"Bagi saya ketiadaan tiga pemain tersebut dilihat tidak merencatkan persiapan paerlawanan tersebut.

"Untuk perlawanan Sabtu ini, saya berharap pemain yang akan diturunkan akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan berlangsung," ujarnya.

Sathianathan turut mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak berasa gugup, sebaliknya kekal fokus sepanjang perlawanan berlangsung.

"Jangan jadi seperti tahun lalu, selepas ditinggalkan dengan satu jaringan, tiba-tiba semua pemain seolah-olah hilang tumpuan dan gagal mengekalkan rentak permainan.

"Untuk tahun ini, saya mahu para pemain menjadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran berguna sebagai pembakar semangat pada perlawanan Sabtu ini," katanya

No comments: