Nor Shahrul Idlan cuba di asak oleh pertahanan Kedah pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Iv malam tadi.
Gambar dikuasakan oleh : Hafiz Johari (Utusan Malaysia/ Kosmo Kota Bharu)
KOTA BHARU - Jaringan tunggal tonggak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talha pada minit ke-78 sudah cukup untuk membolehkan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut.Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan akan bertemu Juara Bertahan Negeri Sembilan sekali gus mengulangi perlawanan akhir tahun lalu.
Pada perlawanan tersebut, Kelantan yang beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV bagai dirasuk apabila mempamerkan rentak bertenaga untuk mendapat jaringan awal.
Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit kedua menerusi Nor shahrul Idlan Talha yang bijak memperdayakan dua pemain pertahanan Kedah namun peluang tersebut gagal di manfaatkan.
Selang dua minit kemudian Kelantan memperolehi untuk mencipta jaringan namun Mohd Shakir Saari gagal menggunakan peluang tersebut.
Dua puluh minit pertama meyaksikan Kelantan mendominasi perlawanan, namun ketumpulan barisan penyudah menyaksikan keputusan terikat tanpa jaringan untuk separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, pelawat mula memperkemaskan barisan serangan mereka dengan melancarkan serangan namun dinafikan oleh ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di pintu gol Kelantan.
Kedah dilihat lebih banyak mendomonasi babak kedua dengan serangan bertali arus yang menyaksikan barisan pertahahan Kelantan terpaksa bekerja keras.
Menyedari kemenangan sahaja mampu melayakkan Kelantan ke perlawanan akhir, B. Sathianathan membuat percaturan bijak apabila memasukkan pemain lincah S. Canturu.
Kemasukan pemain yang digelar sebagai Kelantan Ekspress nyata telah memberikan impak besar buat pasukan apabila mula mencipta beberapa gerak-gerak menarik ke pintu gol lawan.
Tidak cukup dengan itu, Kelantan membuat satu lagi pertukaran apabila memasukkan penyerang vateran Akmal Rizal untuk menambah sengat di barisan hadapan.
Gol yang ditunggu akhirnya menjelma pada minit ke78 apabila Nor Shahrul Idlan yang mengambil sepakan sudut bijak membuat sepakan lambung untuk memerangkap penjaga gol pelawat Helmi Eliza Elias.
Gol tersebut nyata menggembirakan lebih 25,000 penyokong setia The Red Warrios yang menyaksikan Kelantan mara ke perlawanan akhir.
No comments:
Post a Comment