Juara bertahanan Piala Malaysia Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang selepas mencatatkan kemenangan ketas Perlis 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada aksi pertama suku akhir.
Gol kemenangan skuad Hobeng Jang Hobeng dijaringkan oleh Abdul Halim Zainal selepas berjaya memperdayakan pertahanan pelawat.
Di Stadium Shah Alam, Selangor gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kelantan.
Bagaimanapun kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas penyerang Kelantan Nor Shahrul Idlan Talha dan pertahanan Selangor P.Gunalan dilayankan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan separuh masa pertama.
Keputusan tersebut menyaksikan Selangor bakal berdepan laluan sukar di Kota Bharu Jumaat nanti.
Di Kuala Terengganu, tuan rumah berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2 selepas ketinggalan dua kali kepada pasukan pelawat Kedah.
Di Stadium Darul Makmur, Johor FC mengejutkan Pahang dengan kemenangan 1-0. Kemenangan tersebut menyaksikan Johor FC menbawa pulang bekalan selesa untuk pusingan seterusnya.

No comments:
Post a Comment