KOTA BHARU - Kelantan meneruskan kebangkitan dalam saingan Piala Malaysia apabila berjaya menyinkirkan pasukan pilihan iaitu Selangor 3-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV malam tadi.
Biarpun turun tanpa kelibat peledak sensai mereka Nor Shahrul Idlan Talhah yang digantung selepas menerima kad merah pada perlawanan lalu nyata tidak menjejaskan tumpuan mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.
Beraksi dilaman sendiri, Kelantan bagai dirasuk apabila mempamerkan aksi bertenaga sebaik sahaja wisel dibunyikan oleh R. Krisnan.
Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk berada dihadapan apabila pemain sayap lincah Mohd. Nor Farhan Muhammad membuka tirai jaringan pada minit ke-14 untuk meletakkan Kelantan selesa mendahului.
Minit ke-24 Stadium Sultan Muhammed kembali bergema apabila Akmal Rizal menghadiahkan gol kedua buat tuan rumah selepas berjaya menanduk masuk hantaran lintang kapten pasukan Indra Putra Mahyudin.
Gol tersebut menjadi bekalan selesa buat Kelantan untuk menuju kebilik persalinan.
Bersambung babak kedua, pelawat mula memperkemaskan corak permainan, hasilnya mereka hampir-hampir berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-59 menerusi R. Surendran namun berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Khairul Fahmi sekali lagi membuktikan kematangan apabila berjaya menyelamatkan sepakan kapten Selangor Amri Yahya pada minit ke-63.
Tersentak dengan asakan Selangor Kelantan mula memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya pada minit ke - 79 Mohd. Badri Radzi melengkapkan malam cemerlang Kelantan menerusi gol ketiga.
Gol tersebut telah membunuh sisa-sisa perjuangan pasukan pelawat, dengan kemenangan ini, Kelantan akan menunggu pemenangan perlawanan antara Kedah dan Terengganu yang akan berlangsung pada 16 Oktober.

No comments:
Post a Comment