Hari ini hari yang cukup mendebarkan kalbu ku. Mana tidaknya pasukan kesayanganku The Red Warriors (TRW) akan turun beraksi pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV malam ini.
Pada perlawanan lalu, TRW seri tanpa jaringan dengan Kedah di Alor Setar. Jadi malam ini perhitungan yang cukup mendebarkan bagi seluruh pencinta Bola Kelate.
Sama juga dengan minggu lalu, kalbu ku makin berdebar dan tak senang duduk dibuatnya, barang kali bahang perlawanan malam ini terasa makin dekat.
Hari ini aku KETEBALAN tidak seperti minggu lalu yang kenipisan kerana tidak dapat mengikuti gerombolan-gerombolan fanatik The Red Warriors yang turun ke sana ekoran kekakangan tugas yang lebih penting perlu dilakukan.
Tetapi malam ini, aku akan ke Stadium untuk sama-sama memberikan sokongan padu buat TRW sambil menjalankan tugasku.
Malam ini, sekali lagi, aku mengirimkan doa buat semua pemain semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga kemenangan berpihak kepada kita sebagai bekalan untuk layak ke pentas akhir pada 30 Oktober nanti.
"Ya Allah, aku bermohon padaMu, permudahkanlah urusan pasukan kami, selamatkanlah perjalanan mereka, semoga pasukan Kelantan memperolehi kemenangan pada malam ini untuk memastikan Kelantan layak ke perlawanan akhir dan seterusnya muncul juara Piala MaLaysia tahun 2010.
"Ya Allah, selamatkanlah dan perliharalah penyokong-penyokong setia Kelantan dari segala bahaya baik semasa perjalanan pergi dan pulang serta semasa perlawanan berlangsung,"
Amin, Ya Allah...
Amin, Ya Allah...
Amin, Ya Allah...
Amin, Ya Allah...
No comments:
Post a Comment