kosmo.com.my
KELAB Penyokong Siber Bola
Sepak
Kelantan
(kelate.net) sudah menjangka Persatuan
Bola
Sepak
Kelantan
(KAFA) akan dikenakan denda ekoran insiden pergaduhan yang melibatkan penyokong Kelantan
dan Selangor pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 12 Oktober lalu.
Timbalan Presidennya, Nik Mohd. Sallehuddin berkata, keputusan tersebut dilihat berat sebelah selepas Kelantan
di arahkan membayar RM57,500 iaitu kurang RM10,000 berbanding Persatuan
Bola
Sepak
Selangor (FAS).
"Bagi saya jumlah denda ke atas Selangor sudah memadai, cuma jumlah denda ke atas Kelantan
sepatutnya dikurangkan memandangkan FAS bertindak sebagai tuan rumah.
"Pada perlawanan tersebut, saya ada di stadium dan berdasarkan pemerhatian yang dibuat, FAS dilihat gagal menyediakan kawalan keselamatan yang sempurna sehingga penyokong dapat menyeludup masuk bahan letupan seperti mercun," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, ketika insiden tersebut berlaku pihak keselamatan tidak membuat sebarang tangkapan sehingga menyebabkan kedua-dua penyokong berani bertindak dengan agresif.
"Bagi saya mereka (FAS) sepatutnya perlu membayar lebih kerena mereka tuan rumah. Lagi pun semua hasil kutipan tiket pada perlawanan itu akan masuk ke kantung FAS," jelasnya.
Sementara itu, pihaknya turut mempersoalkan ketelusan Persatuan
Bola
Sepak
Malaysia yang dilihat menutup mata tentang insiden membaling batu yang berlaku ketika perlawanan antara Perlis dan Negeri Sembilan di Stadium Utama Negeri, Kangar pada suku akhir kedua 16 Oktober lalu.
Tambahnya, badan induk bola
sepak
kebangsaan itu sepatutnya mengambil mengenakan hukuman terhadap persatuan
Bola
Sepak
Perlis (PFA) berhubung dengan insiden tersebut.
"Bukti rakaman sudah ada, jadi saya berharap pihak FAM mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berhubungan dengan insiden pergaduhan penyokong Selangor dan Kelantan
baru-baru ini.
"Pihak FAM tidak seharusnya mendiamkan diri dalam isu ini dan kami berharap agar pemantauan dibuat secara adil," katanya.
No comments:
Post a Comment