Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Wednesday, September 15, 2010

RED WARRIORS TUMBANG, RUSA BERLARI KENCANG

KOTA BHARU - Kelantan memulakan kampen Piala Malaysia musim ini dengan langkah sumbang apabila tewas 0-1 kepada juara bertahan musim lalu Negeri Sembilan pada aski Kumpulan A di Stadium Sultan Muhammed IV malam tadi.

Biarpun beraksi dilaman sendiri Kelantan gagal menggunakan kesempatan tersebut apabila dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Bagaimanapun, pada perlawanan itu Kelantan terlebih dahulu menguji kekebalan benteng pelawat menerusi sepakan percuma ketua pasukan Indra Putra Mahyuddin namun terus kedakapan Sani Anuar Kamsani.

Minit ke-32 tuan rumah hampir memcecah kebuntuan menerusi pemain sayap Nor Farhan Mohammad namun sekali lagi digagalkan oleh ketangkasan Sani Anuar.

Sebaliknya Negeri Sembilan yang turun tanpa penyerang berbisa Zaquan Adha tetap mempamerkan aksi bertenaga apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan tuan rumah.

Menyedari ketumpulan barisan serangan, B. Sathianathan membuat percaturan berani apabila mengeluarkan penyerang berpenglaman Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan memasukkan Hairuddin Omar namun gagal mengubah keadaan.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sebaik babak kedua bersambung, Kelantan mempamerkan aksi bertenaga apabila menlancarkan serangan bertali arus ke kubu Negeri Sembilan namun sekali lagi digagalkan oleh ketumpulan barisan serangan.

Segalanya berubah pada minit ke74, apabila pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Kelantan S. Subramaniam menjatuhkan Idris Karim.

Pemain muda pelawat, Abdul Halim Zainal yang mengambil tugas tersebut tenang menyempurnakan sepakan itu menewaskan Syed Adney Syed Hussain di pintu gol Kelantan untuk memberikan jaringan pendahuluan buat pasukan pelawat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan menggandakan asakan untuk merapatkan jurang gol,namun sekali lagi digagalkan oleh ketumpulan barisan serangan.

Kemenangan ini menyaksikan Negeri Sembilan menjadi pasukan kedua yang berjaya mencalar rekod bersih Kelantan selepas tewas buat kali terakhir di tangan Kedah pada saingan Liga Super awal Januari lalu.

Habis..

No comments: