Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Monday, September 20, 2010

KATAKAN TAK NAK PADA MERCUN...


Salam...

Kepada penyokong setia The Red Warriors sekali lagi di ingatkan supaya tidak membawa masuk bahan ini ke dalam stadium kerana ia boleh menyebabkan anda di denda..

Jadikan ini sebagai pengjaran...

petikan : utusan.com.my
Monday, 25 January 2010

Dua penyokong Kelantan mengaku salah bawa mercun

KOTA BHARU - Dua penyokong bola sepak Kelantan mengaku salah di Mahkamah Majistret sini, semalam atas dakwaan memiliki mercun ketika ditahan di Stadium Sultan Muhammed IV, malam kelmarin.

Mohd. Zafizi Mohd. Zawawi, 29, dari Kampung Pauh yang juga merupakan mahasiswa sebuah pusat pengajian tinggi membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Turut didakwa ialah seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Pengkalan Chepa.

Remaja yang namanya tidak disiarkan kerana masih di bawah umur itu, turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Azrol Abdullah.

Kedua-duanya ditahan di pintu masuk stadium tersebut sewaktu hendak masuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan melawan Johor FC, malam kelmarin.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Zafizi ditahan di Pintu J stadium itu pada pukul 9.30 malam selepas didapati memiliki lima butir mercun dan kes tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Mohd. Ridzuan Pang Abdullah.

Sementara remaja terbabit yang kesnya dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan, Saiful Nizam Mislah pula didakwa memiliki dua butir mercun bola ketika diperiksa di Pintu E stadium tersebut pada pukul 8.30 malam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tujuh tahun penjara atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Nik Habri menetap hari ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas Mohd. Zafizi sementara Majistret Azrol pula menetapkan 17 Mac nanti bagi menjatuhkan hukuman ke atas pelajar terbabit.


1 comment:

Anonymous said...

salam....
kemah blog demo..
tulom link blog ambo..
timo kaseh..teruskan perjuangan.