Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Monday, May 10, 2010

SATHIANATHAN YAKIN

Oleh : MieyKelantan

mieykelantan@gmail.com

KOTA BHARU – Jurulatih Kelantan B.Sathianathan mengharapkan anak-anak buahnya supaya sentiasa memberikan fokus yang sebaiknya pada aksi Liga Super menentang Johor di Stadium Larkin Malam ini.

Tanpa berselindung, Sathianathan meminta anak-anak buahnya tidak mengambil mudah dan memandang rendah kemampuan pasukan lawan.

"Saya jangka ia satu pertembungan yang dramatik dan menarik. Johor yang masih segar dengan keputusan menewaskan Perlis Sabtu lalu pasti akan turun habis-habisan untuk meneruskan rentak kemenangan.


"Kita jangan ambil mudah, tiga mata penting buat Kelantan dalam memastikan kita terus menyaingi pasukan di tangga teratas iaitu Selangor," ujarnya.

Tambahnya, Kelantan yang hanya dibezakan lima mata dengan pasukan pendahulu tidak boleh keciciran sebarang mata jika mahu merampas kejuaraan dari Selangor.


"Pertemuan dengan Pahang tempoh hari wajar diambil perhatian. Saya mahu pemain berjuang habis-habisan, walapun kita ketinggalan, namun kita berupaya bangkit.

"Inilah yang kita mahukan. Semangat tidak berputus asa merupakan salah satu kunci kejayaan buat pasukan,"katanya.

Ketika diminta mengulas persipan Kelantan untuk bertemu Johor malam ini, menjelaskan Sathianathan semua berada dalam keadaan baik.


Semua cergas dan bebas dari sebarang kad atau kecederaan kecuali Akmal Rizal yang masih lagi mengalami kecederaan.

“Saya akan buat rombakan dan pertahanan Kelantan Subramaniam dapat di turunkan" katanya.







No comments: