Hanya itulah pilihan yang terbaik buat pasukan Kelantan disaat kelebihan tampak seakan memihak kepada jaguh Pantai Timur itu.
Pertemuan malam esok, Kelantan dijangka tidak akan berdepan lalau sukar untuk membenam cabaran bekas juara Piala Malaysia tahun 2004, Perlis dilaman sendiri.
Berdasarkan ramuan diatas kertas, semuanya tampak memihak kepada Kelantan.
Pun begitu, pengendali Wira Merah, B. Sathianathan mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan ini, jika mahu terus mencabar kejuaraan musim ini.
“Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dan jangan ambil mudah perlawanan malam ini, walaupun beraksi dilaman sendiri.
“Tiga mata perlu di raih jika kita mahu terus memberikan tekanan buat pasukan pendahulu, Selangor dan pemain perlu bekerja keras serta perlu memanfaatkan setiap pelaung yang dimiliki ,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.
Ditanya mengenai peluang pasukannya pada perlawanan malam ini, Sathianathan berkata, keupayaan Perlis tidak boleh di pertikaikan kerana mereka mempunyai rekod yang agak baik di gelanggang lawan.
“Kita hormat kemampuan Perlis. Mereka sebuah pasukan yang kuat dan pernah menewaskan Kedah di gelanggang lawan pada pusingan pertama lalu.
“Mereka ada pemain yang berpengalaman dan tonggak muda yang berbakat seperti K. Soley, Fauzi Nan, Mohd. Fakri Sa’ari, Mohd. Fariza Marlias dan beberapa lagi pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan,” ujarnya
Sementara itu, bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut menghamburkan pujian buat peminat dan penyokong setia “The Red Warriors”.
Menurutnya, penyokong Kelantan merupakan pemain yang ke-12 yang telah menjadi tunjang kekuatan pasukan sehingga berada pada tahap sekarang.
“Penyokong Kelantan adalah penyokong yang terbaik dan mereka telah buktikan semasa kita bertemu Pahang di Darul Makmur.
“Walaupun kita ketinggalan, mereka tetap memberikan sokongan dan inilah yang kita inginkan,” jelasnya.
Habis...
No comments:
Post a Comment