Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Kedudukan Liga

Wednesday, May 5, 2010

KELANTAN TERUSKAN PENDAKIAN

Oleh: Anokkelate

KOTA BHARU – Kelantan meneruskan rentak kemenangan keempat berturut-turut selepas berjaya menewaskan Pahang 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam kelmarin.

Kelantan yang dibantu sokong hampir 25,000 peminat setia mempamerkan aksi bertenaga apabila bermain secara menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan.

Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit pertama permainan, namun rembatan kaki kanan Akmal rizal hanya sekadar menggegar palang gol pelawat.

Kelantan yang mengusai perlawanan selepas itu gagal memanfaatkan setiap peluang yang terhidang memaksa benteng pertahanan pelawat bekerja keras untuk menyelamatkan keadaan.

Serangan bertali arus Kelantan ke kubu pelawat akhirnya berjaya membuahkan hasil. Minit ke-42 penggempur sensasi kebangsaan Nor shahrul Idlan Talahah membuka tirai jaringan apabila berjaya menyudahkan hantaran lintang rakan sepasukan untuk menewaskan Mohd Rosfaizul Azuar Ali di gawang gol Pahang.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat yang mempamerkan aksi bertenaga. Hasilnya pada minit ke -53 Nik Zul Aziz Zawawi berjaya menyamakan kedudukan selepas bijak memperdayakan barisan pertahahan Kelantan.

Menyedari hanya kemenangan mampu merapakan jurang mata, Kelantan melancarkan serangan bertali arus ke kubu pelawat. Minit ke-71, penyerang gantian, Hairuddin Omar menggamatkan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV apabila menanduk masuk hantaran lintang Muhd Badhri Radzi.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan melondak satu anak tangga untuk terus menghimpit pasukan pendahulu liga super, selangor yang hanya dibezakan dengan empat mata sahaja.



No comments: